Tuesday, November 24, 2009

Selamat tinggal

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan,
sempena saya nak pindah ni...
saya nak minta maaf sekiranya ada perbuatan, pertuturan & kelakuan saya telah menyinggung perasaan kawan-kawan semua. Manalah tahu mulut saya ni ter'lazer' pula.
Mungkin ada kawan-kawan yang tak senang dengan saya. Maaf ye.
Sebenarnya, sayang rasanya nak tinggalkan SK(2)PJ. Kawan-kawan semuanya baik... Saya senang dapat kenal kawan-kawan semua. Kalau ada nak minta tolong, nak minta apa2 nanti sms ke, 'calling-calling' ke, email pun boleh. Kalau saya perlukan apa2 nanti jangan tak layan pula. Harap hubungan persahabatan ini kekal dan tak terhenti di sini. Pesan saya, iklaskanlah diri dalam pekerjaan mulia kita. Berbaktilah sepenuh hati. Apa saja yang dilakukan, rujuklah ketua kita. Jangan buat keputusan sendiri. Jangan malu & malas nak bertanya pada yang lebih arif. Nasihat ni bukan utk kawan2 je... untuk saya juga.

Oh...anak-anakku 3 Cerdas (2009), 1, 2, 4, 5, & 6 Cerdas,
Cikgu sayang kamu semua. Belajar sungguh-sungguh ye... Sham Shah jangan duk menagis je. Nanti InsyaAllah cikgu datang lagi. Terima kasih kepada semua yang berikan hadiah kepada cikgu. Cikgu dapat tudung, alat solek, 'handbag', 'teddy bear', baju kurung, bekas pensel dan banyak lagi yang tak larat nak tulis kat sini... terima kasih banyak-banyak. Cikgu pun nak minta maaf kepada murid-murid cikgu sekiranya ada cikgu buat salah & marah.

Babai semua...

KENANGAN TERINDAH

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

PUISI BUAT TEMAN

Teman,
hidup ini bagai bunga yang tumbuh
berkembang dan kemudian layu
lalu gugur ke bumi.
Oleh itu temanku,
hiasilah waktu mekarmu
dengan seribu satu haruman.

Teman,
sematkanlah ilmu di dada
harumkan namamu dengan kecemerlangan.
Cekalkan hati, tabahkan jiwa
biarpun seribu halangan menanti
tetap ditempuhi dengan berani.

Teman,
setelah hidup dihiasi kejayaan
janganlah alpa dan bangga diri
kepada Tuhan panjatkan doa
tanda kesyukuran atas kurnia-Nya

Saturday, November 7, 2009

Hikayat 3 Bersaudara

Kumpulan pelakon "Hikayat 3 Bersaudara"

Muhammad Hafsham Shah sebagai "Hang Peh"

Muhammad Haikal Ezhar sebagai "Hang Jabit"

Muhammad Badrul b. Basir sebagai "Hang Lekuk"

Muhammad Izz Zikry b. Azwari sebagai "Sultan"

Muhammad Khairie b. Zulkefli sebagai "Datuk Bendahara"

Muhammad Amir Aqif b. Asmadi sebagai "Tukang Cerita"

Nur Ellysha bt. Zulkifli sebagai "Dayang Istana 1"

Puteri Iman Qaisha sebagai "Dayang Istana 2"

Aiman Haziq b. Abu Talib sebagai "Pengawal Istana 1"

Muhammad Shauqi b. Mahayudin sebagai "Pengawal Istana 2"

Kiutnya diorang ni....

posing maut

posing....posing....posing???

Tuesday, November 3, 2009