Monday, December 13, 2010

TAKDIR KASIH - episod 3

Semester akhir pengajian Zara bakal menjelma. Inilah masanya Zara membuat penentuan arah hidupnya. Meskipun begitu, sebelum cuti semesternya berakhir Zara masih punya agenda bersama rakan-rakan sekelasnya semasa di sekolah menengah dahulu. Rindu rasanya setelah 5 tahun tidak bertemu. Berkelah di Pantai Port Dickson memang menyeronokkan. Tambahan lagi, Zara dapat bersua mata dengan Shika, Fida dan Lini. Mereka sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Zara lebih senang mendengar. Dia tidak banyak bercerita tentang hidupnya. Barangkali, Zara tidak mahu mereka yang lain tahu pengalaman pahitnya. Mungkin juga dia tidak mahu lagi mengingati kisah lamanya.

Hari demi hari berlalu. Zara harus mengikuti praktikal dalam bidang yang bakal diceburi setelah tamat pengajiannya kelak. Zara mahu membuktikan kemampuannya. Zara menghela nafas lega dan tersenyum tatkala majikannya berpuas hati dengan hasil usahanya. Zara gembira dengan pilihannya. Walaupun begitu, Zara masih perlu banyak belajar.

Kini, Zara berharap agar perjalanan hidupnya lebih lancar daripada sebelumnya. Dia tidak mahu lagi tersalah langkah. Zara tidak mahu dirinya dibayangi kisah silam.

Sedang asyik Zara melayan lagu yang pernah popular sewaktu dulu dendangan kumpulan May, dia tersenyum. Lagu itu pernah menjadi lagu tema cinta Fida dan Badrul. Setianya mereka membawa cinta yang kini telah menjenguk alam pernikahan. Mereka bakal diijabkabulkan sebaik sahaja Fida menamatkan pengajiannya. Bertuahnya Fida. Badrul juga bertuah miliki wanita sehebat Fida. Zara turut bergembira dengan hubungan mereka. Doa Zara agar mereka bahagia berterusan hingga ke syurga. InsyaAllah.

Ingatan Zara tentang zaman persekolahannya terungkap lagi apabila dia menerima khidmat pesanan ringkas. Iwan. Rakan lamanya muncul tanpa diduga. Zara gembira. Iwan mengajak Zara bertemu di bandar di mana Zara belajar. Tidak Zara tahu yang Iwan juga tinggal di bandar tersebut. Sekali lagi, Iwan meluahkan rasa hatinya yang pernah dulu dia nyatakan kepada Zara. Rupa-rupanya, Iwan sengaja bekerja di bandar tersebut untuk lebih dekat dengan Zara. Zara tidak menolak Iwan. Namun, Zara juga enggan menerima cinta Iwan. Zara hanya ingin bergelar sahabat kepada Iwan. Tapi, Iwan mahukan lebih daripada sahabat. Zara tetap dengan keputusannya.

Iwan tidak putus asa. Dia tetap mencuba. Suatu hari, Zara menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai rakan Iwan. Katanya, Iwan tidak dapat dikesan kerana membawa hati dek kerana tidak diterima cintanya oleh Zara. Zara rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lelaki tersebut menggesa Zara untuk memujuk dan menerima Iwan sebelum perkara tidak diingini berlaku. Pelik.

Pada mulanya, Zara gundah memikirkan Iwan. Namun, naluri ingin tahu Zara yang tidak ubah seperti watak penyiasat dalam siri kegemarannya ’Detektif Conan’ telah menyelamatkan dirinya daripada terpedaya dengan cerita rekaan lelaki itu. Sebenarnya, itu hanyalah helah Iwan untuk menarik perhatian Zara. Zara tidak mudah tertipu. Dia tidak menyangka Iwan sanggup menipunya. Zara mengambil keputusan untuk berpura-pura percayakan lelaki tersebut tetapi sebaliknya dia tidak pernah berusaha memujuk Iwan. Zara membiarkan Iwan tertunggu-tunggu sehingga detik Zara menghubunginya. Zara hanya menyatakan kekesalannya terhadap Iwan. Iwan menyedari yang helahnya tidak berjaya dan mengakui kesilapannya. Bukannya niat Zara menghampakan rakan sendiri. Dia punyai sebab tersendiri untuk tidak memantulkan rasa serupa terhadap Iwan.

Selepas kejadian tersebut, Iwan benar-benar menghilangkan diri. Zara sudah tidak menerima sebarang khabar tentang Iwan lagi. Mungkinkah Iwan telah menerima takdir yang dia tiada jodoh bersama Zara? Atau Iwan punyai rencana lain?

Ikuti sambungannya di episod 4
-Hasia Itis Miharbi-

Friday, November 26, 2010

TAKDIR KASIH - episod 2

Hubungan Zara dan Iwan berterusan begitu sehingga Iwan tamat persekolahan. Selepas tamat SPM, Iwan bekerja. Zara pula meneruskan pembelajarannya di sekolah bersama Shika, Fida dan Lini. ’Geng Parang’ berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Mereka terpisah membawa haluan, mengejar cita-cita masing-masing. Setahu Zara, Shika mengikuti matrikulasi di Kedah. Fida belajar Asasi Sains di USM. dan Lini meneruskan pengajiannya di sebuah kolej kejururawatan yang terletak di Kelantan. Zara sendiri mengejar cita-citanya di UiTM, Shah Alam.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Zara semakin lupakan zaman persekolahannya. Ini kerana, dia mendapat kegembiraan baru semasa belajar di universiti. Sikapnya yang ramah dan mudah bergaul menyebabkan Zara terkenal sepertimana dia terkenal di zaman persekolahannya. Zara seorang yang senang didekati. Mungkin karakternya yang mudah tersenyum menyebabkan dia disenangi rakan-rakan.

Di universiti, Zara semakin mengerti dan mengenali erti hidup. Pelbagai pengalaman pahit dan manis dilaluinya sendiri. Hanya rakan terdekat sahaja dapat berkongsi pengalaman itu. Jadi, tidak ramai yang tahu Zara pernah alpa dalam hidupnya. Zara pernah melupakan pendiriannya sendiri dengan terjebak dalam cinta seseorang yang bergelar suami orang dan mengaku yang dirinya duda. Lelaki itu diperkenalkan oleh Yati, rakan karibnya di universiti. Mujurlah Zara cepat tersedar daripada kelalaian itu setelah menyedari yang Salman telah beristeri. Pernah sekali Zara terpandang kelibat Salman di pasar malam bersama seorang wanita berkerusi roda. Zara tidak terpanggil untuk menyapa Salman pada ketika itu. Dibiarkan sahaja pelbagai persoalan bersarang difikiran. Benarkah lelaki itu Salman? Siapakah wanita tersebut?

Keesokan harinya, Zara mencari jawapan kepada soalannya. Salman dengan tenang menjelaskan bahawa wanita tersebut merupakan ibunya. Zara dapat merasakan yang Salman berdusta. Mana mungkin wanita seusia itu merupakan ibunya. Sekiranya dihitung usia Salman, kebarangkalian umur ibunya dalam lingkungan 60-an. Zara mencari kepastian menerusi rakan-rakan sekerja Salman. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Salman terbukti berselindung di sebalik kata-katanya. Zara mendapat tahu yang isterinya sedang menderita sakit barah yang kronik. Mungkinkah wanita yang dilihat Zara itu isterinya? Ya. Itulah wanita malang yang hanya dianggarkan beberapa bulan hayatnya oleh doktor. Namun begitu, hanya Allah lebih tahu tentang makhluknya. Zara sebak. Terdetik di fikiran Zara, sekiranya Salman tidak setia dan sanggup curang semasa hidup isterinya, mungkin juga dirinya akan menerima nasib yang serupa kelak. Mungkin Salman cuma ingin mengisi kekosongan hatinya. Tapi bukan begitu caranya. Seharusnya dia menyatakan hal sebenar kepada Zara. Zara dengan rela hati menarik diri daripada cinta Salman. Pada mulanya, Salman merayu Zara agar tidak meninggalkannya. Setelah Zara berkeras dengan keputusannya, Salman mengalah dan akur. Zara bersyukur kerana Allah telah menyelamatkannya daripada mengguris perasaan sesama kaum hawa dengan merebut kebahagiaan di saat-saat akhir hayat mereka. Sejak itu, Zara lebih berhati-hati untuk berkawan. Zara mengambil keputusan untuk tidak mempunyai rakan karib lagi.

Biarpun usia bertambah saban tahun, Zara masih belum bersedia untuk mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Kehidupan Zara lebih tenang tanpa cinta. Namun, Zara hanya manusia biasa. Dia sering diuji dengan hadirnya cinta lelaki. Zara tetap dengan pendiriannya. Kebijaksanaan dan pengalaman menjadikan Zara lebih matang dan berwaspada. Dia enggan dipedaya lagi. Dia lebih menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran bagi merealisasikan cita-citanya.

Wednesday, November 24, 2010

TAKDIR KASIH - episod 1

Zara termenung terkenang zaman persekolahannya yang dirasakan indah, seronok dan semestinya terselit seribu satu sejarah yang tak mungkin dia lupakan. Tersenyum... tika teringatkan rakan-rakan karibnya yang pelbagai karenah. Shika, Fida, Lini dan Zara lagaknya seperti 'Geng Parang'. Menggunakan kata setajam parang menghiris setiap lelaki nakal yang mengganggu rakan perempuan mereka. Keberanian itulah menjadikan mereka terkenal di sekolah tersebut. Tapi... itu dulu. Namun, kenangan lama masih segar diingatan Zara walaupun usianya merapati 30-an.

Zara bingkas dari kerusi menuju ke arah komputernya. Dia melayari laman sesawang. Dicarinya rakan-rakan sekelas yang lama tidak diketahui beritanya. Akhirnya Zara tersenyum puas setelah menemui apa yang dicarinya. Namun, Zara sedikit terkilan kerana belum mendapat sebarang khabar daripada seorang lagi rakannya. Zara dan rakannya itu berkawan sejak di sekolah rendah lagi. Anak seorang guru. Ikhwan seorang yang agak nakal. Namun, Zara senang berkawan dengannya. Mereka selalu pulang dari sekolah bersama. Ikhwan atau nama timangannya Iwan sangat digilai oleh pelajar perempuan sekolah tersebut. Tambahan pula, sikapnya yang peramah dan agak 'romeo' boleh menjerat mereka yang sanggup terjerat. Wajahnya kacak menjadikan Iwan lebih istimewa.

Tidak ramai yang tahu Zara dan Iwan berkawan. Mereka tidak selalu bertegur sapa di sekolah. Mereka hanya berkawan bila di luar kawasan sekolah. Zara tahu sekiranya orang lain tahu dia berkawan dengan Iwan, mungkin dia juga 'dicop' sebagai 'mangsa' Iwan. Tidak. Zara bukan mangsa Iwan.

Sewaktu usia perkenalan menjangkau sembilan tahun, Iwan berubah. Iwan sudah mula menyorokkan taringnya bila berdepan dengan Zara. Zara tidak tahu apa sebabnya. Hanya Iwan yang tahu. Walaupun begitu, Iwan masih 'romeo' di belakang Zara. Pada mulanya, Zara sangkakan Iwan sudah tidak 'romeo' lagi. Namun, khabar angin bertiup di cuping Zara sebaliknya.

Semasa mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke Melaka, Iwan mula sibuk dengan aktiviti 'romeo'nya. Shika, Fida dan Lini juga ikut serta. Zara tidak menyertainya kerana kebetulan neneknya tenat di kampung. Sekembalinya mereka dari Melaka, Shika, Fida dan Lini asyik bercerita tentang pengalaman mereka. Tidak ketinggalan, cerita tentang Iwan. Daripada cerita itu, Zara dapat meneka yang Shika dan Lini sukakan Iwan. Namun, mereka mungkin malu untuk menzahirkan rasa tersebut. Mungkin malu dianggap sebagai 'mangsa' Iwan. Mungkin juga mereka tidak mahu dikatakan bertepuk sebelah tangan. Tidak mustahil mereka juga tidak mahu melukakan hati antara satu sama lain. Zara tetap berlagak biasa kerana ketiga-tiga rakan karibnya itu masih tidak tahu yang dia berkawan baik dengan Iwan.

Zara dan Iwan masih berkawan seperti dahulu walaupun Zara tahu Iwan cuma berpura-pura baik di depannya. Suatu hari Iwan menyatakan yang dia sayangkan Zara. Zara seperti tidak percaya. Sangkaan Zara, Iwan mahu mempermainkannya sepertimana pelajar perempuan yang lain. Kalaupun betul apa yang diucapkan Iwan, Zara tidak mahu... Bukannya kerana malu berdamping dengan Iwan. Tapi Zara tahu, dua rakannya sukakan Iwan. Dia tidak mahu lukakan hati rakannya. Lagipun, Zara sedar yang dia tidak secantik mana untuk berganding dengan Iwan. Zara semakin menjauhi Iwan. Mereka tidak lagi pulang dari sekolah bersama. Zara selalu pulang lewat untuk mengelak bertemu Iwan.

Semakin Zara mengelak, semakin itulah Iwan mencuba untuk memenangi hati Zara. Namun, Zara tetap Zara. Dia tidak akan sekali-kali mengubah fikirannya.


p/s: ikuti sambungan cerita ini di episod akan datang.

nukilan: Hasia Itis Miharbi

Monday, November 22, 2010

kursus linus untuk guru matematik thn 2, 2011

kursus ini diadakan di rompin beach resort pada 10, 11 & 12 nov 2010. walaupun thn depan aku xngajar math thn 2, aku ttp nak pergi sbb nak timba ilmu & kenal2 dgn kwn baharu. fasilitatornya boleh dikatakan bagus. apa yang disampaikan dapat difahami.

suspennya, bila tengok dalam surat panggilan. ada 7 orang je dari temerloh. lain2 semuanya dari rompin dan pekan. ada kwn dr temerloh ckp, "kita ni tercicir ke? mcm anak tiri je..." tp aku ckp, "bkn tercicir, tp teristimewa sbb dpt kelim banyak. hahaha". sbnrnya kami mmg mcm anak tiri pada mulanya. cikgu2 pekan & rompin dapat CD, kami xdpt. terpaksalah kami tanya kpd fasi. kami ni xdpt CD ke? tp org rompin ni baik hati la. diorg yg tolong 'burn' dan berikan CD kpd kami. tu pun sbb kami tanya pasal CD kami. hehehe.... terima kasih byk2.

suspen lg bila tgk sorang cikgu yg serupa senior masa sekolah dulu. selidik la siapa dia. mmg btul dia senior aku dulu. wajah dia xubah langsung. tp yg bestnya, aku kenal dia... tp kakak dia aku xkenal. hehehe... mgkn sbb kakak dia beza umur byk sgt. jd xkenallah. xsempat berkenalan kot. hehehe. rasanya, dua2 beradik tu ngajar kat pekan. aku hairan jg, setiap kali mlm, mesti dia xde dlm dewan. rupanya dia ni kaki ponteng. xsangka plak sbb masa sek dulu dia xde la kaki ponteng. tp aku rasa, dia takut kena jadi pembentang kat dpn kot. tu yg hilang je tu. tp xpe. ADA KUKISAH??? janji aku dpt ilmu baru.

keseluruhannya, kursus ini dpt bantu aku lebih faham tentang linus. cuma... bila time makan je, aku xde perasaan (xberapa sedap la tu maknanya). tp, sblm balik ke temerloh aku sempat jg beli 'si sepit biru' yg xseberapa birunya.

kursus kecekapan tenaga & tenaga diperbaharui

mula2 dpt surat panggilan kursus, aku pelik bila dengar tajuk kursus tu. bila tanya GB pun, dia xberapa pasti. aku ke kursus tu atas TIKET opsyen sains. walaupun aku opsyen math, aku ttp terima sbb 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. hehehe... kursus tu mula 2 november - 4 november 2010.

sampai kat tempat berkursus (Bukit Gambang Resort City), aku kena 'menyamar' jadi opsyen sains. jadi, aktiviti aku semuanya berasaskan sains. tapi xpe. seronok sbb cikgu sains ni semuanya kreatif. tp bknnya cikgu lain xkreatif. aku lg kreatif. hehehe... siap cipta lagu lg.

ni aku nak kongsi sikit. sbnrnya, kursus KT - TD ni diadakan dengan kerjasama kpm & usm. pada aku, kursus ni adalah satu cara untuk berkempen bagi menjimatkan tenaga & memberi kesedaran kepada penduduk Malaysia tentang kewujudan tenaga yang boleh diperbaharui. pada pendapat aku, hal ini bagus bagi mengurangkan kesan rumah hijau.

takziah

setiap kali cuti sekolah, basikalletrik mesti akan balik ke kg. masa itulah emak basikalletrik akan bercerita tentang kawan2 basikalletrik masa sek dulu. bukan mengumpat tau... tapi emak selalu bercerita untuk berikan maklumat/perkembangan baru yang basikalletrik tak tahu lg. ada cerita gembira, ada jg cerita sedih. setiap kali emak bercerita, ada je berita kematian kawan2 basikalletrik. xkiralah kwn sebaya, senior @ junior masa sekolah dulu.

terbaru, emak ada sebut pasal seorg kwn basikalletrik yg jg meninggal sebab terlibat dengan kemalangan. kami berkawan sejak sek rendah lg. tp xdelah rapat sgt. orangnya bolehlah dikatakan hensem sbb ramai jg kwn2 perempuan aku 'minat' kpd dia. ada yg ckp, kami ni bercinta sbb kami mmg selalu jln sama2 masa balik sek. tp sbnrnya x. kami baik sbb dia anak ustazah sek agama yang basikalletrik belajar dulu. xsangka dia pergi dulu. ye la, ajal maut di tangan Tuhan kan? siapa lah kita nak persoalkannya.

mula-mula dengar emak cerita, basikalletrik rasa sangat kehilangan sbb basikalletrik mmg ada niat nak jumpa ngan dia. nak sembang2. rumah kami xde la jauh sgt. tp setiap kali basikalletrik balik rumah emak, xpernah pula jumpa dia. mgkn sbb dia kerja kat pahang. cuti kami xsama. atau mgkn dia jauh hati ngan basikalletrik sbb......

lps sek menengah, kami terus terpisah & terputus hubungan. tapi, dia pernah call basikalletrik masa basikalletrik belajar kat maktab dulu. itulah kali terakhir basikalletrik ckp ngan dia. dengar kata, arwah blm kawin lg masa dia meninggal. tp dia dah nak bertunang.

INNALILLAHIWA-INNA-ILAIHIRAJI-UN
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

ucapan takziah untuk keluarga arwah.

Monday, October 11, 2010

dugaan lagi

dah lama basikalletrik xmuncul di blog ni. maklumlah sibuk tanam pokok & bela binatang. jadi peladang la pulak. lgpun xde cerita menarik. tp hari ni basikalletrik muncul sbb nak kongsi cerita menarik.

smlm bila aku sampai ke sekolah, ada yg bgtau ada nazir datang... isyh... dlm hati aku ckp, DASYAT btul sek aku ni. kejap2 nazir dtg, kejap2 peg PPD dtg. bila aku dah naik ke bilik guru, ada aku dgr yg dtg tu bkn nazir. tp ibu saudara murid sek ni. kononnya dia cikgu kat sebuah sek kat johor. katanya datang sbb nak siasat knp anak sdr dia slalu xnak dtg sek. dirisik2, katanya sbb cikgu matematiknya garang sgt... AKULAH TU. garang ke aku ni??? hehehe.

mulanya aku kecut jgk. tp difikirkan... aku xbuat salah pun. jadi... ADA KU KISAH??? bila turun ke tpk p'himpunan, aku jalan 'nonong' je kat depan org tu. hehehe... buat xtau je. masa p'himpunan, aku dengar ada desas desus dia minta kebenaran guru kelas anak sedaranya... nak masuk kelas tu. nak tgk cikgu matematik tu mengajar kot!!! (knp minta kbnrn guru kelas? apesal xminta kbnrn guru besar??) guru kelas tu suruh dia minta kbnrn guru besar... tp guru besar xbenarkan kot. sbb dia xmasuk pun tgk cikgu matematik tu ngajar. mana bleh sesuka hati dtg sek, pas2 nak tgk cikgu ngajar plak. dah la datang sek xde bawa surat drp pihak tertentu yg m'jelaskan bhw dia tu sdg menjalankan tugas.

nak dijadikan cerita...
ada sorang cikgu sek ni terperasan mcm pernah tgk mak cik bdk ni. mak cik ni pun kenal cikgu tu. siap tegur lg. katanya... mak cik tu mana mgkn seorg cikgu sbb sblm ni dia bkn cikgu. xkan umur dah 50 thn br nak jd cikgu. 'kopius' aku... lps tu, keluarlah cerita2 pasal mak cik tu yg berlaku sblm ni. sblm ni, ada cerita mak cik ni pernah menyamar jadi ustazah. aku nak gelak je rasanya.. kaki auta la tu.

rasanya, mak cik tu cuma menyamar jadi cikgu je sbb nak gempakkan CIKGU MATEMATIK tu. hahaha... ADA KU KISAH.

yang bestnya, yg kononnya anak sedara dia tu plak bknnya bagus sgt. kerja sekolah pun selalu xsiap. mana cikgu xmenyinga??? pas2 ckp cikgu garang. bknnya bdk ru xbleh buat... saje malas. smlm plak, cikgu matematik tu mengajar, suruh buat kerja kat dlm kelas. buat sama2 la (berbincang), murid lain semua siap & hantar masa tu jgk. budak tu bleh xsiap, pas2 siap simpan buku tu dalm beg lg. 2 kali cikgu matematik tu tanya mana buku dia. br keluarkan buku tu & sambung jwb soalan tu. saboooor je leeerrr.

kiranya, dugaan mengajar di pahang ni lbh hebat la drp mengajar kat petaling jaya sblm ni. ADA KU KISAH???

Saturday, August 14, 2010

awek debang

awek debang... itulah panggilan rakan2 masa sek dulu kepada kumpulan basikalletrik. mgkn sbb kami ni gedebe...tp kami gedebe bkn yg jahat. kami cuma xmakan saman dgn bdk2 lelaki yg suka ngacau budak pompuan. kalau kena kacau...kami lawan. kami cuma buat amal je. kalau kwn2 pompuan minta tolong sbb kena kacau kat tangga sek ke... kat kantin ke...kami tolong la. kami xtakut. janji kami bersama. yang penting, ada cikgu support kami kat belakang.

kami terdiri daripada 4 org pengawas sekolah & 2 org librian. semuanya pempuan. sbnrnya kami mula berlima. ro-z, nor, aku, sa & zana. itu masa form 1 hg form 3. namun, kami mula terpisah masa form 4 sbb ada ahli yang xsama kelas. ro-z, nor dan aku di kelas maaruf (sains tulen), zana di kelas riduan kot(sains+akaun), sa pula di kelas apa ye?lupa la tp bljr sastera. jadi, kami tambah ahli baru iaitu mimi yg blajar sama kelas ngan kami.

skrg ni basikalletrik tgh duk 'friend finder'...dah jumpa ro-z, nor & mimi. zana & sa xtau kat mana. 'side activity' kami ialah buli bdk lelaki. kami xbelasah & ugut diorang. kami cuma 'provoke' je. bg 'stress' skit. senjata kami cuma 'ketajaman bicara' kami je. ada berani? ketua pengawas sesi 1999 pun xberani. hehehe. alah... dia bkn berani sgt pun. cuma kuat kontrol hensem je. hensem ke? boleh la...daripada xde.

bkn sahaja geng yg dah jumpa skrg... ketua pengawas yg kontrol hensem pun jumpa. hehehe... dia dah xhensem. skrg ni tgh kumpulkan semula rakan2 sekelas yg dah lama xjumpa. nanti klau dah jumpa semua, bleh buat reunion kali ke-2.

buat masa ni, basikalletrik dah jumpa norhaznilah jaafar, nor azlina daud, salmizah abd razak, mohd faizul ghazali, rosmimi abd razak, rozelianti abd razak, nor hafizah mohd salleh, zaiful bahari mat jidi, nik rosnani nik pa, nor zuraida ismail, rohana awang, azulaini abd. wahab, wan rabiyah wan ismail, rashid mat rohim, syahlilawati yusuf, marline yusof, mohamed naim mohamed nor, & norelissuryani mokhtar.

harap2 dapat jumpa yg 12 orang lagi

Thursday, August 5, 2010

ogos menjelma...ramadan menjenguk

bulan ogos...
inilah bulan yang selalu dikaitkan dengan kemerdekaan negara daripada genggaman penjajah. namun, pada era kini kemerdekaan perlu dipandang dari segala sudut. kemerdekaan daripada penjajahan sikap & sifat buruk dalam diri. mmg perlu... agar diri kita juga merdeka. tambahan pula, kita akan mula berpuasa xlama lg. inilah masa yang sesuai untuk memerdekakan diri kita. InsyaAllah... semoga diri kita menjadi lebih baik dan terbaik... Ameen.......

Sunday, July 18, 2010

sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

hari ini dalam sejarah

tajuk je hari ini dalam sejarah. tapi kejadiannya bukan hari ini.

pada tanggal 8.7.2010, basikalletrik telah melakukan sesuatu yang menggemparkan orang sekeliling. ya...mungkin ini suatu pengajaran untuk basikalletrik. namun, basikalletrik tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi kerana kejadian ini mungkin boleh memberi pengajaran juga kepada orang lain. Alhamdulillah, semuanya telah selesai. basikalletrik rasa bersyukur kerana dengan kejadian itu, pihak kedua dalam kejadian ini telah menunjukkan sedikit perubahan sikapnya. walaupun sedikit, namun dia lebih kontrol mulutnya yang agak kurang ajar. mungkin dia patut insurankan mulut dia sblm kemungkinan mulut dia dijahit.

pesanan utk rakan2 yg membaca....
1. berfikirlah dahulu sblm melakukan perkara yang menggemparkan.
2. terapkan dalam diri anak2 kita agar mereka lebih menghargai guru.
3. hargailah guru kita agar ilmu yang ada lebih berkat.
4. jaga mulut kita supaya tidak memungkinkannya mengeluarkan kata2 yang mengguris perasaan orang lain.

dah lama

salam semua...dah lama basikalletrik xmenulis di blog ini. entahla... xde cerita best nak kongsi. lgpun mmg tgh byk keje kat tempat keje. tp sbnrnya byk cerita sedih, cerita gembira sepanjang basikalletrik xberblog ni. kdg2 terfikir jg mgkn ada hikmah disebalik cerita sedih & gembira yang basikalletrik alami.

bila teringat cerita2 sedih... rasanya nak je pergi bercuti. tenangkan fikiran. kat mana ye nak bercuti? paling dekat... kat bukit gambang. ok jgk tu. jom kwn2... kita enjoy!!!

Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru Di SKKT telahpun disambut dengan meriah pada hari Isnin (17 Mei 2010). Semua guru dan murid menampakkan air muka yang gembira.

Guru2 dan murid yang terpilih telah menjalankan aktiviti sukaneka. Keseluruhannya, kumpulan yg diketuai oleh Cikgu Murad telah menang. (Main tipu ke?)

Selepas rehat, barulah bermulanya persembahan daripada murid2 yg ditujukan khas utk guru2. Walaupun ada yg mcm xmenepati tema, tp ok la.(kalau nak tengok gambarnya, tengoklah dlm akaun fb sifir ct).

Persembahan guru pula dimulakan dengan persembahan Cikgu Cah dengan silap matanya. (eh...silap mata ke...silap org yg tengok xtanya apa ada dlm cawan tu?)hehehe... ada hadiah hamper sekiranya penonton dapat jwb ketiga2 teka-teki dengan tepat. Cg Tajri mcm berminat dengan hamper tu. jadi cikgu cah pun kenakan dia. konon nak bg hamper pd dia. tp kih...kih...kih kena tipu rupanya. ada org tertanya2 mcm mana air tu xde???

Lps tu persembahan seorang murid yang berbakat. Nur Amanina telah berjaya menjadi johan bercerita sempena Sambutan Hari Guru yang diadakan di Kuantan yang lepas.

Acara kemuncaknya ialah persembahan nyanyian oleh semua guru... lagunya bertajuk gemuruh dan joget berhibur. xsangka cikgu SKKT ni ada bakat. Ustz Masitah bkn main lg nyanyi ye...

Terima kasih kepada semua murid yg berikan hadiah hari guru kpd basikalletrik. Walaupun ada yg basikalletrik xngajar, tp ada jg hadiahnya.

Thursday, May 6, 2010

persiapan sambutan hari guru

hari guru akan menjelang. semua sekolah akan adakan satu majlis untuk meraikan semua guru. pertama kali basikalletrik akan diraikan dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Temerloh. Suspen gak.

pada tahun ni, basikalletrik diamanahkan untuk melatih kumpulan murid2 tahun 4 membuat persembahan. persembahan telah ditentukan oleh pihak pentadbir. macam nak kenakan basikalletrik dan cg lizaazura je. mentang-mentanglah basikalletrik org trg & cg liza org kelate. diorang tetapkan thn 4 buat persembahan dikir barat. punyalah susah nak ngajar dikir barat ni. tapi xpe... kami tetap sambut cabaran ni. kami guna rentak lagu anak tupai tp liriknya ditukar agar sesuai dgn sambutan hari guru.
pagi tadi, kami buat latihan masa kokurikulum. baru 1/2 jalan. solo dah ok. tapi gaya berterabur. hahaha....rasakan. sape suruh tetapkan dikir barat. maaflah kalau xbest.

dengar kata, murid prasekolah akan buat persembahan tarian dgn bimbingan cg nurol & cg liza. tahun 2 akan buat persebahan nyanyian lagu maafkan kami. bertungkus lumus cg tie & cg suzie tukar lirik tadi. tahun 3 pula, nasyid. xde masalah sbb mmg dah ada lagu nasyid khas utk guru. tajuk lagu...guruku. cikgunya ialah cg hazaipah & ustzh masitah. tahun 5 buat sketsa. tapi dah mcm lakonan dah. rasanya.... tajuk sketsa mereka ialah cita2 ku. cg chaya & cg noriza yg latih. murid tahun 6, katanya nak buat bahasa berirama dgn tiupan rekoder. pas2, cg azlin baru minta lagu warisan dgn basikalletrik td. cg azlin akan latih mereka bersama cg murad. cuma tahun 1 je yg basikalletrik blm tau mereka buat apa.

acara sukaneka pula dirancang oleh ajk yg diketuai oleh teacher mai. ntah apa la acaranya ye.

ada pulak persembahan daripada cikgu2. pentadbir mahu cikgu2 pilih 2 buah lagu utk dinyanyikan pada majlis tersebut. cikgu tie tanya pendapat basikalletrik tadi. adalah cadangan 4 lagu. nanti minggu dpn baru buat perbincangan dgn cikgu2 lain utk pilih 2 lagu. ni, basikalletrik baru lps siapkan lagu dan senikata lagu tersebut. maklumlah...skrg ni basikalletrik dah jadi cikgu muzik. kena lah tolong ketua panitia. hehehe...

Saturday, April 10, 2010

ikhlas?

merujuk post seorang kawan dlm blognya, ttg guru. mmg kita cuba sedaya upaya utk ikhlas. tapi klau dah semuanya nak kena buat...nak cepat plak tu. sehingga kdg2 bleh hilang tumpuan terhadap tanggungjawab mendidik. mau jadi xikhlas jgk. hehehe.

lg2 slps dgr komen melampau seorg pendengar di hotfm 2-3 minggu lps pasal cikgu. kepala hotak dia bg komen mcm tu. dia ckp cikgu byk rehat drp kerja kat sek. nak je ckp "patutla ko xpandai sbb ko suka kutuk cikgu2 ko". dia xpikir ke, masa bila cikgu semak buku dia, masa bila cikgu buat BBM, ada jgk cikgu buat kelas tambahan lg. malah cikgu terpaksa jadi 'nurse' bila murid luka, jadi kerani bila kena buat urusan surat menyurat, jadi akauntan bila kena kutip wang yuran murid, jadi polis bila kena soal siasat murid2 yang bergaduh, dll. banyaknya kerja cikgu. Cikgu buat juga demi kasih sayangnya kepada murid2. tapi ada cikgu minta balasan daripada murid2nya?

renungkan & slmt beramal....

benganggggg!!!!!

semalam dan hari ni aku xde dlm sekolah sbb ikut bdk2 main bola jaring di padang sk bangau. 2 hari aku tinggalkan bdk2 kelas aku yang selalu aku sayangi walaupun sikapnya kdg2 buat aku tension. seperti biasa, aku dah tinggalkan kerja2 yang perlu dibuat oleh mereka. senang hati aku bila aku jumpa diorang masa sampai kat sekolah tadi, mereka ckp "kami dah siap kerja yg cikgu beri". tapi....aku tetap bengang...

alkisahnya pagi tadi, aku saje gatal2 tangan nak tanda buku kedatangan kelas aku sblm ke padang. aku rasa terbakar bila tengok kedatangan kelas aku dah ditanda...DENGAN PEN HITAM!!! kot ya pun baik hati, jgnla nak buat kelainan pada buku kedatangan tu. kalau dah buku kedatangan tu ditanda biru...biru je la. lain kali... kalau xtau, jgn baik hati sangat. aku cukup xsuka kalau org kacau kerja aku. aku rasa cikgu2 skkt ni semuanya cikgu lama2. xkan xtau benda2 mcm tu. aku akan cari siapa yg buat tu. tp yg penting, aku nak ngadu hal ngan gpk hem dulu. biar dia sebut dalam meeting nanti. aku xnak jadi MULUT LAZER plak nanti. aku dah la baru kat skkt ni. mana buleh tunjuk 'GEDEBE'. nanti ada org makan pen hitam plak nanti kang.

PERHATIAN!
cikgu2, jgn baik hati @ tunjuk pandai kalau xtau. cuba tanya orang yang lebih tau dulu sblm buat sesuatu.

p/s : kalau ada yang berkenaan baca post ni, tlg la 'take note' skit. maaf & ampun kalau ada yg tersinggung. basikalletrik mmg 'hangin' dengan perkara2 mcm ni. tp jgn takut plak dgn basikalletrik ni. 'hangin' kejap je.

Thursday, April 8, 2010

bola jaring vs bola sepak

Semalam, pasukan bola sepak skkt telah pun menang...gung kekalahan. Mungkin xde rezeki kot. xpe, bleh cuba lagi. Tukar cerita... hari ini, pasukan bola jaring skkt menang dengan dgn sk lebak (12-5) dan menang lagi dgn sk sanggang seberang (17-1). Alhamdulillah. Esok ada game lg. mgkn lawan sk bintang. persoalannya, mungkinkah skkt jadi johan zon? mungkinkah dapat menyamai rekod tahun lepas?

Friday, April 2, 2010

hotel seri malaysia, temerloh

mlm ni dapat tido free kat hotel seri malaysia. tima kasihlah sbb sudi ngajak tido kat hotel ni. ptg tadi duk nengok budak2 thn 6 mandi kolam. mcm itik jumpa air je. mlm ni ikut ceramah motivasi. seronok gak. selain utk motivasi budak, cikgunya pun nak memotivasikan diri jgk. insyaAllah.

Sunday, March 28, 2010

xde ape

dah lama sgt rasanya xmenulis. xde idea baru nak tulis. mgkn juga sbb byk kerja sekolah yang perlu disiapkan segera. Alhamdulillah... kerja2 dah hampir selesai. skrg kena buat program utk PKKP plak. uiii...pening jgk, org baru ni kena byk belajar la. kdg2 rasa jgk berat kepala...(maksudnya dah tension la). harap dapat tunjuk ajar daripada cikgu2 yg lbh berpengalaman.

Tuesday, March 16, 2010

ulangtahun

hari ni merupakan hari ulang tahun perkahwinan utk basikalletrik & suami. tapi... malangnya kami hanya duk rumah jek. kami sama2 penat br blik dr KL. jadi, kami melepak je kat rumah. kami mmg xpernah sambut ulangtahun ni dgn meriah. thn2 sblm ni, cukup kalau dapat g jalan2. tp... rasanya, mgkn thn ni paling xbest la.

thn2 sblm ni, basikalletrik tukar2 hadiah baju dgn suami... hehehe. (kami ni mmg xromantik, sempoi je). kami fikir, kalu dpt bunga... xleh mkn, bazir je. kalu dpt coklat...kami mmg xsuka mkn coklat. kalu dpt baju...bleh pakai lama. hehehe... jimaaaaaat $$$$$.

Cuti sekolah dah tiba...

wah...seronoknya! dah cuti sekolah. cuti ni, basikalletrik blik johor. banyak perkara yang basikalletrik perlu lakukan. ingatkan blik johor ni, dapatlah pergi 'lelong'. ye la, sepanjang basikalletrik kawin ni blm ada peluang nak g 'lelong'. 'Lelong' ni pasar yang ada kat johor yang diadakan pada 15 hb setiap bulan.(rasa2 mcm dah btul info tuh). tp...xdpt jg pergi sbb mentua ajak ke KL utk hantar wang hantaran adik ipar basikalletrik yang akad nikahnya pada 30.4.2010 ni. melepas lg. xpe la...mgkn blm diizinkan Tuhan.

penat jg ye jadi 'kakak' ni. nak kena uruskan hal2 adik2. maklumla... basikalletrik mana ada adik sendiri. dah kawin ni... terus jadi 'kak ngah' (menantu perempuan paling tua...walaupun adik2 ipar lg tua) kepada adik2 ipar. disebabkan 'kak long' sakit, jadi... basikalletrik & suami la yg kena jadi 'org kuat'.

Sunday, March 7, 2010

Dugaan...

dua hari cuti hujung minggu ni, basikalletrik diserang demam selesema. seksanya. lemah je satu badan. ingatkan nak siapkan kerja2 yg tertangguh. tp cuma separuh kerja je dapat siapkan. mana taknya...duk asyik buat kerja, pening kepala...tidur. hahaha...

nasib baik minggu ni bdk2 exam. dapatlah cikgu nak settle kan apa yang patut. xsabar nak tgk result murid2. fuh, minta2 la xramai yg gagal.

kuah rojak

ah.. lamanya rasa xmakan kuah rojak kegemaran basikalletik. resepi ni daripada nenek basikalletrik yg dulu mmg berniaga rojak. kuah ni dibuat daripada ikan. yum, yum,yum sedapnya. mgkn org lain xtau &xsuka mkn. klau ada betik mekar...lg sedap.

Jemputan dari Selangor...

Smlm ada setiausaha PIBG SK2PJ call basikalletrik. jemput basikalletrik & suami ke Mesyuarat Agong PIBG sek sana utk terima sijil penghargaan & mgkn ada cenderamata sbb jd bendahari kehormat. Tq sbb jemput. tp maaf la sbb xdpt hadir. ada hal lain. mgkn org di sana bleh simpankan dulu.

basikalletrik nak minta maaf la klau spjg basikalletrik sandang jwtn tu selama 4 thn... ada kekurangan di mana2. basikalletrik ni pun manusia jgk...bkn robot. tahniah kpd AJK PIBG yang baru dilantik hari ini. kpd bendahari baru...selamat berjuang. hehehe. sape ye ydp & nydp baru?? jgn lupa... nanti sukan tahunan, jemput basikalletrik yek. rindu kat org sana...

beli pokok???

ha...ni bkn cerita ttg basikalletrik. tp basikalletrik cuma menempel jek. ada la sorang kakak ni... ada rumah baru. semua yg dlm rumah rasanya dah lengkap. mesti la nak hiaskan laman rumahnya yg baru tu plak. mmg seronok tgk kakak ni. rasa jeles pun ada. maklumlah...basikalletrik xde rumah sendiri lg. xtau la bila nak beli...

suatu hari...kakak ni pergi la kat nursery... beli pasu, tanah, pokok... tu klau bwk duit byk...mau kakak ni beli satu nursery tu...hehehe. beli la kak...seronok tgk akak hias rumah. pandai btul. dah la pandai masak...pandai menjahit...pandai serba-serbi la. kagum btul saya...

Saturday, March 6, 2010

sukan tahunan SKKT 2010

mmm...seronok jgk. basikalletrik mmg suka bila bab sukan ni. nampaknya semua cikgu SKKT bekerjasama. mmg seronok sbb cikgu2 cuma kena jaga anak murid je... xbyk kerja yang perlu dibuat pada hari sukan. semua pentadbir turun padang... diorg yg byk buat keje. mula2 rasa janggal jgk. ye la...dulu basikalletrik pernah buat statistik, buku program, hias khemah lg... skrg ni tgk budak jek... satu je...rasa mcm xlengkap plak. xde acara utk pegawai. cikgu pun nak seronok2 gak bersukan. tp mgkn sbb sek xde pdg kot. walau apapun... itulah pengalaman.

Monday, February 22, 2010

merentas desa

hari ni ada acara merentas desa (mgkn sesuai disebut merentas taman rekreasi kot). basikalletrik jaga checkpoint. ingat nak buat jahat... hehehe. tp xsampai ati plak tgk bdk2 rumah lain. pas2, terus bagi pingat pada murid2 yang menang. yg xmenang cuba lg ye. pemenang acara padang pun diberi pingat hari ni. hari ni xdela letih. tp cuaca panas betul. 4 hari kat padang tu...mau terbakar kulit cikgu2 & budak2. yeaaa...bleh blik awal. pukul 12 t/hari dah pun dapat balik. tp basikalletrik xterus blik rumah. apa lg... merayau la dulu. maklumlah skrg ni ada rakan merayau. destinasi pertama kedai kek. basikalletrik nak belajar buat kek la pulak. pas2 g the store. dan destinasi wajib kitorg...mestilah kedai pakaian. nasib baik kami dua2 xbwk duit banyak. selaaaamaaaaaaaat.

Thursday, February 11, 2010

penatnya...

wah...penat, letih, tension, mcm2 la lg. tp mesti maintain ceria. nanti org ckp keje skit dah merungut. ni bkn merungut. cuma nak lpskan perasaan. mmg terasa penatnya bila mengajar sambil2 nak kawal budak yg t'sgt aktif. cikgu ckp kuat. diorg lagi nak kuatkan suara. agaknya bdk2 skrg mmg xheran ngan org dewasa kot. knp basikalletrik rasa mcm susah sgt nak handle bdk2 tu. knp xsemudah basikalletrik handle bdk2 kat PJ dulu???? suara basikalletrik dah kjp ada kjp xde dah. aduh...dugaaaaaannnnnn. Kdg2 basikalletrik xdaya dah nak marah diorg, nasihat pun diorg ckp cikgu membebel plak. jd buat xtau je la. lantaklah cikgu lain nak ckp apa. yg penting basikalletrik xpatahkan & xcederakan anak org. nanti masuk 'sinar harian'....glemer siot

Wednesday, February 10, 2010

hajat belum sampai

mmm...mmg blm sampai lg hajat basikalletrik.
alkisahnya kat sekolah ni ada buat pertandingan kebersihan & keceriaan kelas. hajat basikalletrik nak selalu menang mcm masa kat PJ dulu. tp stakat 2 minggu pertandingan ni, kelas basikalletrik blm menang lg. apa tak nya. harap cikgu je nak menang, cikgu je yang usaha. anak murid malas piang nak bertugas bersihkan kelas. cakap je besar. harap2 murid2 tu cpt sedar nak jaga kebersihan kelas bila tgk cikgu kelasnya ni berkobar2 hias kelas. lgpun kat sini pelik skit. ada pulak nak moto & logo kelas. biol kjp nak pikir apa moto nak buat utk kelas ni. nasib baik ada suami basikalletrik bg cdgn kreatif. tima kasih... ok la. ni nak siapkan logo & moto kelas. smg menang la minggu dpn

Sunday, January 24, 2010

siap!!

yes, yes, yes!!! profil akademik dah siap, fail PKKP pun hampir siap. fail panitia pun dah nak siap. cuma tinggal register kelas je. pas ni bleh la nak hias kelas plak. Alhandulillah.

Monday, January 18, 2010

Yuhhuuuuuu

Yahuuuuu...modul dah siap. orang lain dah lama siap. basikalletrik je yang lambat siap agaknya. maklumlah orang baru. mula2 blajar dulu apa nak buat. lps ni bleh la tekan minyak bg laju skit.

Skrg ni tgh nak siapkan profil akademik. harap2 bleh siap menjelang esok. kak Liza sabar ye. basikalletrik cuba buat secepat mungkin.

lps buat profil akademik, nak kena lengkapkan fail PKKP plak. apa la basikalletrik nak masukkan dalam fail tu. bleh kelentong x?

alamak!!! lupa la. fail panitia Kajian Tempatan xbuat lagi. ni cikgu man punya pasal la. knp la xbuat thn lps?? xpe. itu dah kepakaran basikalletrik. maklumlah thn lps pegang 2 panitia. siap nazir sekolah datang lagi. harap2 apa maklumat yang dapat masa tu dapat diaplikasikan.

hari ni ada seorang murid basikalletrik pindah sekolah. sekolah Sri Tualang tu mmg bagus. tapi basikalletrik rasa rugi la. murid tu bleh tahan jgk pandainya. yang penting murid tu xbyk 'songeh'.

Uhuuuuuu

Sunday, January 17, 2010

Jom becerita - bersama cikgu

ORANG KENIT DENGAN TUAN PUTERI

Selaut kasih saya hulurkan,
Istimewa buat saudara-saudari,
Cerita hikayat saya persembahkan,
Tujuh Orang Kenit dengan Tuan Puteri.

Pada zaman dahulu,ada tujuh orang kenit. Mereka tinggal di tepi sebuah hutan tebal. Mereka membina sebuah pondok kecil.Pondok mereka sungguh cantik.Setiap hari, mereka keluar bermain di taman. Taman itu berhampiran dengan rumah mereka. Mereka bermain sambil menyanyi bersama-sama…

Kami Si Kenit yang baik hati,
Suka menyanyi suka menari,
Kami Si Kenit yang baik hati,
Saling membantu sesama sendiri”.

Suatu hari, mereka ternampak beberapa orang penjahat melarikan puteri raja ke dalam sebuah hutan. “ Kita mesti selamatkan Tuan Puteri itu!” kata Jas, ketua orang kenit itu. Orang-orang kenit itu berkawan dengan seekor helang. Mereka memanggil helang itu untuk membawa mereka ke dalam hutan. Helang terus terbang menuju ke hutan tersebut.Orang-orang kenit itu berpegang kuat pada kaki helang yang sedang terbang tinggi diudara. Tiba-tiba mereka ternampak akan penjahat-penjahat itu.
“Ha! Itu pun mereka. Mari kita turun ke sana!” kata Jas kepada helang itu. Di situ, ada sebuah pondok. Tuan puteri diikat pada tiang di dalam pondok itu.
“ Mari kita masuk dan selamatkan Tuan Puteri itu!” bisik Jas dengan bersemangat kepada rakan-rakannya.Oleh kerana tubuh mereka kecil, Jas dan kawan-kawannya mudah sahaja masuk melalui lubang dinding.
Meow!, Meow!
Tiba-tiba seekor kucing muncul. Kucing itu mahu menerkam mereka. “Cepat! Selamatkan diri!” arah Jas. Mereka segera memanjat tiang dan bersembunyi di dalam sebuah kotak kayu di atas alang.“ Mari kita lastik kucing itu!” kata Jas. Mereka pun melastik kucing itu bertubi-tubi.
Meow! Meow!Kucing itu kesakitan lalu melarikan diri. “Yahoo! Kita berjaya!” sorak Jas dan kawan-kawannya.Penjahat yang melarikan Tuan Puteri, sedang lena di tepi tiang . Dengan perlahan Jas cepat-cepat menyuruh kawan-kawannya menjatuhkan kotak kayu itu.“Satu! Dua! Tiga! Tolak!” arah Jas. Kotak kayu itu terjatuh di atas kepala penjahat itu. Penjahat itu pengsan. Jas dan kawan-kawannya cepat-cepat turun lalu membebaskan Tuan Puteri itu. “Cepat! Buka tali pada Tuan Puteri!” arah Jas.Orang-orang kenit tersebut dengan pantas membuka ikatan pada tangan dan kaki Tuan Puteri. Tuan Puteri berasa sangat gembira “Terima kasih wahai orang-orang kenit, kamu semua memang baik hati, ” kata Tuan Puteri itu dengan gembira.
Akhirnya, orang-orang kenit itu membawa Tuan Puteri ke istana. Raja sungguh gembira kerana puteri kesayangan baginda telah selamat pulang ke istana.Raja mengucapkan terima kasih lalu memberikan hadiah yang banyak kepada Jas dan kawan-kawannya. Raja juga mempelawa orang-orang kenit itu untuk tinggal di istana. Mereka sangat gembira.
Sejak itu, Jas dan kawan-kawannya menjadi kawan baik Tuan Puteri itu. Kini mereka juga tinggal di istana bersama-sama Tuan Puteri itu.

Ingatlah kawan-kawan, jika kita suka berbuat baik kepada orang lain pasti kita akan mendapat balasan yang baik. Bak kata pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Putera berburu membawa panah,
Berehat sekejap di gunung Banang,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik sentiasa dikenang.

Sekian,terima kasih.

Saturday, January 16, 2010

VISIT TERENGGANU - Where Nature Embraces Heritage

Terengganu is located along the east coast of Peninsular Malaysia. To the north lies the Kelantan state, and to the south, Pahang. Terengganu covers around 12,995 square kilometers and comprises seven districts: Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun, and Kemaman.
Kuala Terengganu the state capital, is located on the banks of the Terengganu River which flows down from Lake Kenyir to the South China Sea. It features a blend of old and modern buildings and appears to have stood still in time, moving at a slow and relaxed pace. Good accommodation can be found to suit all tastes is this developing yet vibrant town.
________________________________________________________________________
The Terengganu Sultanate originated almost 300 years ago when Tun Zainal Abidin became the first Sultan (Sultan Zainal Abidin I) in 1708. The current ruler is Sultan Mizan Zainal Abidin, the 16th Sultan, who was proclaimed ruler of the state on May 15, 1998, becoming the youngest ruler in Malaysia. Terengganu became a member of the Federation of Malaya in 1948, and a state of independent Malaya in 1957.
The state has a population of approximately 1 million of which 90% are Malays, followed by the Chinese and Indians and a very small percentage of aborigines.

Upcoming Events

Kenyir Lake International Triathlon 2010
Date : 27 & 28 March 2010
Venue: Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir
Organiser: State Government of Terengganu / KETENGAH

Kapas-Marang International Swimathon 2010
Date : 17-18 April 2010
Venue: Pulau Kapas & Pantai Kelulut, Marang
Organiser: State Government of Terengganu

Pesta Terengganu 2010
Date : 12 – 19 June 2010
Venue: TBA
Organiser: State Government of Terengganu

More information - www.tourism.terengganu.gov.my/

LILIN SEORANG GURU

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah kukeliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti yang murni
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta kejar impian
Menjadikan arah ku jelas
Aku harus ke hadapan

Aku kini rindu
Pada salju damai yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Kupohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam kulihat hujan
Dibibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggengam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Guruku
Kau bagaikan lilin
Yang menerangi kegelapan hatiku

Thursday, January 14, 2010

disiplin???

basikalletrik ni mmg sangat mementingkan disiplin. tapi bkn bermakna basikalletrik ni bagus benor. cuma basikalletrik gemar sekiranya nampak murid2 yang berdisiplin. knp timbul isu ni ye??? oh ya. sbnrnya basikalletrik xpuas hati dgn disiplin murid di SKKT. terutama kelas yang basikalletrik mengajar. sangat tidak memuaskan. tambahan lagi mereka seperti sangat susah untuk dikawal. maaf ye cikgu2 SKKT. mgkn basikalletrik dah terbiasa dgn murid yang sangat faham dengan cara guru merenung mereka. marah sikit pun dah cukup. mereka faham bila cikgu marah. di SKKT ni, basikalletrik jerit marah pun diorang buat tak tau je. sabor je le. mgkn sbb basikalletrik baru di sini. smg cikgu disiplin di SKKT dapat ambil komen ni sebagai suatu yang positif. tq

pening

uhuuu...basikalletrik rasa pening gak bila byk sgt program yang nak kena buat kat SKKT ni. sbnrnya xfaham apa maksud 'program utama'& 'program sampingan'. kdg2 terfikir gak...layak ke basikalletrik berada di SKKT?? xmenang tangan jadinya. rasanya semangat yang selama ni ada dalam diri basikalletrik... bergegar...tergugat...mungkin itu cuma sementara. harap basikalletrik dapat pulihkan semangat dalam masa terdekat ni. basikalletrik xnak buang masa lagi...mesti cuba yang terbaik di sini. mgkn basikalletrik boleh jadi yang lebih baik & cemerlang daripada sebelum ini. InsyaAllah. Ameeen...