Sunday, October 16, 2011

ragam manusia

kenapa suka dengki dengan orang lain?

walaupun aku xterlibat dengan kes ni, tapi aku tetapi rasa tempiasnya.

apabila kita rasa kita ni dah terlebih buat kerja berbanding orang lain... fikirlah bahawa selama ni orang lain juga pernah buat kerja lebih berbanding kita. barulah perasaan dengki tu tak hadir dalam diri kita.

dek kerana menguruskan murid dalam program bacaan "Yaasin" untuk beberapa hari seorang diri, ada yang sanggup mengadu kepada pihak atasan agar 'mendisiplinkan' cikgu-cikgu berkenaan. dia tak fikir ke yang dia tu berapa kali la sangat masuk mengaji bersama murid-murid? selama ni orang lain 'handle murid-murid' tu tanpa dia... tak cakap apa pun. pada minggu yang dia kena 'handle' murid-murid tu sorang-sorang, cikgu-cikgu lain tu ada yg berkursus, ada yang 'mc', ada yang ada kerja lain yang lagi penting. payahlah kalau nak berurusan dengan orang yang tak boleh buat kerja lebih...

fikir-fikirkanlah kawan...

Thursday, September 15, 2011

Cuba Teka...




Cuba teka...

Sudah tentu bukan buah durian,
Mungkinkah ini buah kuini?
cempedak bukan, nangka pun bukan,
rasa-rasanya... buah apakah ini?

Wednesday, September 14, 2011

Hakim

Seorang budak yang rajin, bijak dan taat. Fizikalnya, dia seorang yang mempunyai raut wajah yang sedap mata memandang (tengok la mama dia yang yang cantik tu). Nanti dah besar, agak2nya hensem kot. Untungnya dapat anak macam Hakim ni. Apa yang buat cikgu2 suka kepada Hakim ni, dia sangat mendengar kata, tak pernah membantah apa yang cikgu suruh, tak pernah mengeluh walaupun susah. Lagi pula, dia seorang budak yang pandai di kelasnya. Kalaulah semua budak sekarang macam anak Kak Muni, seronoknya dunia. Tahniah utk Pn. Munirah & En. Azanul Azhar. Andalah mama dan papa yang bertuah.

Bukannya nak puji2 apa yg tak patut. Tapi itulah kenyataannya. Apa bezanya Hakim dan murid2 lain? Apakah lebihnya Hakim daripada murid2 lain? Mungkin ada murid yang terbaca post ini. Cubalah muhasabah diri...
- Bila cikgu cakap, patutkah murid2 menyampuk xtentu pasal? (kurang ajar namanya tu)
- Bila cikgu tanya, patutkah murid2 menjawab dengan jawapan xmasuk akal?(loyar buruk)
- Bila cikgu suruh, patutkah murid2 membantah dengan keras? (xada adab la tu)
- Bila cikgu pandang, patutkah murid2 lawan pandangan guru? (maksudnya cikgu marah)
- Bila cikgu marah, patutkah murid2 tanya diri sendiri kenapa cikgu marah? (cikgu xmarah kalau xbuat salah. sedar2lah diri tu, budak!!)

Monday, September 12, 2011

dah...

cepatnya masa berlalu...dah semester 3 aku rupanya. Ya Allah, kau kuatkan semangatku, kau permudahkanlah segala urusanku. Semoga setiap apa yang aku lakukan akan diberkati.

1 Oktober ni aku akan mulakan semester baru. Modul baharu, jadual baharu dan harap-harap la dapat tutor baharu... dah 2 semester aku belajar di bawah bimbingan tutor 'tu'. dia ngajar ok. tp bila tanda assignment, kedekut yang amat. aku pun pelik... apa dia nak sebenarnya??? bleh dikatakan semua rakan sekelas aku dapat markah teruk. klau aku je yg dpt teruk... aku xheran pun sbb aku bkn pandai sgt pun. harap2 la dpt merasa belajar ngan tutor lain plak.

Walaupun begitu, aku tetap rasa seronok belajar. terasa seperti muda 10 tahun. hehehe.

Thursday, August 11, 2011

Tuesday, May 17, 2011

Cikgu ayu

Teringat masa dulu ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku ceria didada ku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu membenihkan cintaku
Cikgu ayu
Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu,
Kenapa rasa rindu?
Kacaunya jiwaku mungkin kerna cintaku
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Jalan no 1
Rumah berwarna biru Kampung Ulu Bharu
Disitu rumah cikgu
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Teringat masa dulu ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku ceria didada ku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu membenihkan cintaku
Cikgu ayu
Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu,
Kenapa rasa rindu?
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Jalan no 1
Rumah berwarna biru Kampung Ulu Bharu
Disitu rumah cikgu
Rumahnya cikgu ayu
pujaan hatiku
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu juga kawan-kawan ku ayah ibu
Cikgu ayu
Cinta hatiku 3x
Cikgu ayu

Boleh tahan meriahnya

Alhamdulillah. sambutan hari guru di sekolah telahpun terlaksana dengan jayanya. xsangka... ramai juga guru2 yg xsabar2 nak main bola jaring. hurmmmm seronok juga bila dah lama tak main ni.

untuk acara explorasa, cikgu2 kena makan sandwish yang pedas, agar2 koko yg pahit (xletak gula pun), sandwish asam jawa yg bleh tahan masamnya & minum jus pisang. ada cikgu yang muntah sebab tak tahan minum jus pisang kesukaanku... hehehe. tapi semuanya xambil kisah sebab semuanya anggap permainan tu sekadar suka2. xsangka cikgu2 skkt ni semuanya 'supporting'.

persembahan murid juga menghiburkan. namun, cikgu2 xsempat buat persembahan sebab xcukup masa. mgkn cikgu2 ambil byk masa sangat untuk tukar baju sukan dan bergerak ke tempat aktiviti. sebenarnya, mengikut perancangan... cikgu2 akan nyanyi 2 buah lagu. tapi nak buat mcm mana... xsempat.

aku juga ada prepare pertunjukan silap mata. tapi itu pun xsempat. xpe. bleh dibawa utk thn hadapan. InsyaAllah kalau aku masih di sekolah ini.

hadiah yang aku dapat bleh tahan banyaknya. tapi, bukan itu yg aku nak. cukuplah kalau murid2 dapat mengubah sikap untuk menyenangkan hati cikgu2. itu pun hadiah juga. tapi, dlm byk2 hadiah yg aku terima... hadiah yang paling aku suka ialah pen merah. itu mmg aku hargai sbb xperlu lg aku nak beli pen merah utk tanda buku murid2. hehehe...

diharapkan, tahun hadapan akan dirangka sambutan yang lebih meriah.

Saturday, May 14, 2011

Menjelang Hari Guru

Pada tahun ini, basikalletrik diberi tugas sebagai perancang aktiviti padang. (org bawahan je) Walaupun begitu, basikalletrik berusaha untuk memberikan idea bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru di sekolah ini.

Tahun lepas, basikalletrik rasa sangat tidak 'happening' semasa sambutan hari guru di sekolah baru ini. Mungkin sebab di sekolah lama dulu,basikalletrik dah alami sambutan yang agak meriah. InsyaAllah, tahun ni... sambutan hari guru akan lebih meriah.

Pada tahun ini... tiada lagi sukaneka. cikgu-cikgu akan bermain bola jaring tak kira cikgu lelaki atau wanita. Ada juga acara 'explorasa' yang memberi peluang cikgu-cikgu semua mencuba resepi baharu yang akan disediakan oleh teacher mai dan cikgu cah. Pasti sedap...

Apa-apapun, kita tengok apa akan jadi hari Isnin nanti. Siapa yang kena???

Friday, January 21, 2011

PERGINYA NENDAKU

Innalilla hiwa inna ilaihiraji-un. Alhamdulillah. Semua urusan berjalan lancar. Pemergian nenek yang dipanggil 'tok' oleh cucu-cucunya memang menjadi kejutan kepada sesetengah pihak. Aku berasa beruntung sebab aku sempat buat banyak perkara untuk 'tok'. Basikalletrik sempat senangkan hati 'tok' masa basikalletrik dan suami balik waktu cuti sekolah akhir tahun 2010 lalu. Seronok bila tengok 'tok' senang dengan apa yang aku belikan untuk kelengkapan rumahnya. Itulah kali terakhir aku berbual dengan 'tok'. Malah, aku juga sempat meminta maaf kepada 'tok' sebelum aku pulang semula ke Temerloh. Aku juga sempat mencium kedua-dua pipi dan dahinya. Walaupun aku bukanlah cucu yang paling disayanginya,tapi aku masih bersyukur kerana apa yang aku lakukan setiap kali kepulanganku ke kampung menjadi topik perbualan 'tok' dengan anak-anaknya.Bukan gembira dipuji, tapi sekurang-kurangnya 'tok' tak pernah lupakan aku semasa hayatnya.

'Tok' diserang strok semasa di kedai makan semasa dalam perjalanan pulang dari Negeri Sembilan. 'Tok' pergi hantar seorang sepupu basikalletrik untuk mendaftar menjalani latihan polis di sana bersama-sama saudara mara basikalletrik yang lain. 'Tok' kena strok hari Khamis. 'Tok' 'pergi' pun hari Khamis juga. Semasa 'tok' dalam strok, basikalletik sempat pulang melawat. Waktu basikalletrik melawat, basikalletrik sempat tidur sebelah 'Tok'. Sempat juga basikalletrik tukar lampin 'Tok'. Basikalletrik juga sempat berzikir bersama-sama 'tok'. Mungkin 'tok' berzikir dalam hatinya sebab tangan 'tok' bergerak-gerak memegang tasbih yang basikalletrik berikan di tangannya. Semasa basikalletrik baca surah Yasin, 'tok' genggam erat tangan basikalletrik. Tak sangka 'tok' sekuat itu. Kata emak, basikalletrik lah orang pertama berzikir dengan 'tok' semasa dia strok.

Semasa saat akhir hayat 'tok', 4 orang anak perempuannya berada di sisinya. Satu-satunya anak lelaki tok yang masih ada, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. 2 orang lagi anak perempuan 'tok' yang tinggal berjiran tak sempat bersamanya. Mungkin ada hikmah dengan ketentuanNya itu. Ada cerita di sebaliknya. Kata emak, tangan kanan 'tok' yang strok dan tidak dapat digerakkan itu dengan sendirinya 'terletak' ke perut 'tok'. Wajah 'tok' jernih. 'Tok' pergi dengan senang.

Basikalletrik tak pasti pukul berapa 'tok' pergi. Tapi basikalletrik terima panggilan daripada emak lebih kurang pukul 4:30 pagi. Suara emak tenang. Aku tahu emak seorang yang tabah. Walaupun tiada semasa akhir hayat 'tok', basikalletrik merasakan diri ini paling bertuah kerana dapat membantu menguruskan jenazah 'tok'. Mak Mah memang seorang 'pengurus jenazah' bersama seorang lagi rakannya. Basikalletrik ada bersama semasa Mak Mah menyediakan kain kafan 'tok'. Terkejut juga basikalletrik bila dikatakan Menteri Besar Terengganu datang melawat 'tok'. Rupa-rupanya, memang MB ada kat luar bilik semasa basikalletrik membantu Mak Mah menyediakan kain kafan 'tok'. MB datang bersama seorang YB lain.

Selepas itu, basikalletrik tidak lepaskan peluang untuk mandikan 'tok'. Ramai cucu 'tok' yang membantu. Tapi, basikalletrik lah satu-satunya cucu 'tok' yang membantu Mak Mah dan rakannya mengafankan mayat 'tok'. Turut ada, seorang anak 'tok'. Basikalletrik juga berpeluang tengok mayat 'tok' di kubur walaupun dari jauh.

Memang basikalletrik rasa sangat kehilangan dengan pemergian 'tok'. Namun, tidaklah basikalletrik menangis beria-ia. Setakat dua tiga titis sahaja. Dah memang ketentuanNya. Siapalah kita nak menghalangnya?

Itulah kenangan terakhir basikalletrik bersama 'tok'. Perginya 'tok' pada 20 Januari 2011 akan tetap dalam ingatan basikalletrik.

Al-Fatihah untuk 'tok'.

TAKDIR KASIH - episod 4

Detik ini, Zara sudah bergelar seorang wartawan setelah berjaya menggenggam segulung ijazah setahun lalu. Zara bangga dengan kerjayanya kini. Hasil liputannya seringkali mendapat tumpuan orang ramai. Fida juga telah berjaya mencapai impiannya. Fida seorang Pembantu Perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kebetulan, Lini juga bertugas di hospital yang sama sebagai jururawat. Shika pula menjadi pendidik di salah sebuah sekolah di Melaka.

Namun, manusia tidak selalunya hidup dalam kejayaan. Kerjaya Zara ada pasang surutnya. Bak kata pepatah, hidup kita ibarat roda. Ada ketika kita selesa berada di atas, ada ketika kita terpaksa berada di bawah. Sungguhpun demikian, Zara tetap tabah dengan dorongan dan sokongan daripada keluarga tercinta.

Zara menjadi lebih kuat apabila Fida menghubunginya. Katanya, dia terpanggil untuk menghubungi Zara apabila mendengar khabar tentang Zara daripada ibunya. Fida menyarankan agar Zara mencuba nasib dalam bidang penyiaran sebagai penyampai radio. Mulanya, Zara kurang yakin dengan cadangan Fida. Setelah begitu lama mengambil masa untuk berfikir, Zara bersetuju untuk mengubah haluannya. Zara mendapat sokongan ibu dan bapanya. Nasib sentiasa menyebelahi Zara. Dia terpilih menjadi peserta dalam satu pertandingan untuk menjadi penyampai di salah sebuah stesen radio swasta. Zara mendapat tempat kedua. Biarpun Zara tidak sepetah yang dicari, namun keupayaannya menyusun kata dengan bait-bait indah mampu menarik perhatian juri. Zara diterima bekerja di stesen radio tersebut.

Zara bukan sahaja gembira dengan kerjaya barunya, tetapi dia juga gembira bertemu cinta hati di tempat kerjanya. Zara telah menguakkan pintu hatinya untuk si dia tatkala umurnya melepasi 25 tahun. Setelah hampir setahun usia perkenalan, Haris melamar Zara. Dengan restu orang tua, Zara dan Haris disatukan. Majlis perkahwinan mereka meriah dan berseri dengan hadirnya rakan-rakan bersama kalungan tahniah.

Pelayaran bermula dengan merentasi lautan tenang. Namun, sesekali gelora tiba jua. Menggoncangkan bahtera yang seringkali diserang lanun. Zara dan Haris berusaha sedaya mungkin memperbaiki sekiranya ada kesilapan dalam perkongsian mereka. Tiga tahun berlalu, namun mereka belum dikurniakan cahaya mata. Bagi Zara dan Haris, itu ketentuan-Nya. Mungkin belum rezeki mereka. Zara dan Haris pasrah.

Sememangnya penantian itu satu penyiksaan. Setelah lama menanti kehadiran cucu, ibu bapa Haris menyarankan agar dia beristeri lagi. Haris membantah. Zara terkedu. Zara bertanya sendiri. Mampukah dia tempuhi dugaan ini? Adilkah Haris sebagaimana Rasulullah berlaku adil terhadap isteri-isterinya? Relakah dirinya berkongsi kasih? Kuatkah dirinya? Tetapi Zara tidak mampu menjadi penghalang kebahagiaan orang lain. Dia tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri. Haris layak bahagia dengan hadirnya cahaya mata. Mungkin dengan cara itu, mentuanya lebih menghargai Zara. Zara memohon petunjuk daripada Allah. Akhirnya Zara bersedia berkongsi kasih. Mulianya hati Zara. Harapan Zara agar mentuanya bahagia. Haris dijodohkan dengan setiausaha syarikat keluarganya. Belumpun usia perkahwinan mereka menjangkau tiga bulan, Julia telah disahkan mengandung. Zara tumpang gembira.

Kehadiran zuriat yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan 10 hari tiba jua. Bayi lelaki comel yang dicurahkan kasih sayang yang melimpah ruah itu telah memancarkan kebahagiaan dalam keluarga Haris. Biarpun kadangkala hati Zara meruntun sedih dengan takdir hidupnya, dia tetap senang dengan keputusannya. Demi kebahagiaan banyak pihak, dia sanggup lakukan apa saja. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan ketulusan Zara kelak.