Monday, December 28, 2009

sekolah baru vs sekolah dulu

Alhamdulillah...Meeting dah abis, orientasi Tahun 1 pun dah selesai. basikalletrik rasa macam pelik je duk kat sek baru. Yela... janggal la sikit. Tapi kawan2 baru semuanya ok. Pentadbir pun ok gak. Semuanya ligat. Semuanya panggil 'kak' je. Xde yang panggil 'puan' pun. Perasaan yang mulanya janggal...bertukar jadi mesra. Rasanya macam ringan sikit kepala kat sekolah ni. Tugas xbanyak. Kalau dulu ada 11 tugas yang nak diselesaikan... skrg 3 je.

Walaupun begitu, xbleh cpt rasa lega. Mesti ada cabaran lain...

Banyak bezanya sekolah baru ni dengan sekolah lama. Masing-masing ada kelebihan sendiri.
Kalau dulu senang je nak berkarya, buat sesuatu yang kreatif. Tapi sekarang dah sukar. Yela... orang baru, mana bleh lebih2. Kalau dulu kena buat kertas soalan...skrg xperlu lagi. Tapi kena buat modul lembaran kerja untuk murid. Dulu rumah tinggi, sekolah 1 tingkat je. Skrg rumah dah kat bawah, tapi kelas mengajar semuanya tingkat 3 & 4. Panjat tangga lagi... Cuuubaaan.

Yang paling kelakar... tiba-tiba kena jadi KP kajian Tempatan. Dah lah tak tau apa2 pasal Kajian Tempatan. Ngajar Muzik lagi... Dulu dapat murid yang ok, dgr ckp...(3 Cerdas-2009), tapi skrg dapat murid yang sangat sukar dikawal. Dahlah kelas Basikalletrik tu ada 29 orang murid. Harap2 dengan pengalaman yang Basikalletrik ada "seco'et" ni bleh bantu ubah budak2 tu.

Mmm...kena cpt sesuaikan diri ni.

Ha? Pelik jugak masa meeting hari tu...kat PJ ada dapat Buku Pengurusan masa meeting pertama. Tapi kat sini xde. Susah nak tau tugas2 & takwim sekolah pun xtau. Dapat kertas 2-3 helai je. Jimat kot... Hehehe...Apa yang penting, SK(2)PJ ttp di hati...Kawan2 di SK(2)PJ ttp paling best...Friendship never end...Luv & miss u all

rumah baru

wah...bleh tahan jgk sewanya. agak mahal sbb kat sini mmg kawasan panas. dkt2 ni ada hospital. ramai yang nak menyewa kat sini. ingat nak duduk rumah bapak mertua je. rumah tu pun dah kosong. tapi jauh sangat nak ulang alik dari sekolah. xpela...mgkn sementara je duk rumah ni. kalau dapat rumah yang lagi murah, ok gak. beli terus pun ok.

Saturday, December 12, 2009

Bila nak siap ni????

Banyaknya barang. Ini baru separuh je. Macam mana nak angkat ni. Dah lah rumah tingkat paling atas. Tak ada lif pulak tu. Oh...tidaaaakk!!!!!Ada siapa nak tolong?

Wednesday, December 9, 2009

Posing selagi boleh





Inilah kawan2 ku yang suka posing. Mana2 je ada muka diorang. Ishhhh....ishhhh...ishhhhh.....

budok kecik

Ni la Een 10 & Faiz 10


Rindunya rasa pada budak kecil dua orang ni. Baru raya hari tu jumpa. Tapi kejap sangat. Tak puas bergurau dengan mereka.

Rindu lagi pada dua beradik ni. Dah lama Cik Su tak jumpa mereka. Rasanya dah setahun kot.


Saturday, December 5, 2009

adik ipar dah kahwin




Sori lambat post



Oleh kerana permintaan daripada Badrul untuk menatap gambarnya di hari kemuncak Bulan Kemerdekaan, jadi cikgu post kan juga.

SK Kampong Tengah, Temerloh - Pahang

Pertama kali aku menjejakkan kakiku di sekolah ini semasa melaporkan diri sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Guru besar yang menyambut aku dengan senyuman telah memberikan layanan yang baik. Aku berpendapat bahawa sekolah ini merupakan sekolah menarik. Namun, tidak kurang menariknya berbanding SK(2)PJ. Perbezaannya mungkin keadaan iklim sekolah sahaja. Aku berharap agar aku dapat menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin serta dapat diterima oleh rakan-rakan baru. Azam aku di sekolah baru agar aku dapat menjalankan tugas baru dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Mungkin tugas-tugas di sekolah baru berkurangan berbanding di sekolah lama kerana bilangan gurunya lebih ramai. Namun, aku sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab di tempat baru. Satu perubahan yang akan aku lakukan ialah memandu ke tempat kerja. InsyaAllah...

SK(2)Petaling Jaya, Selangor

Pengalaman pertama aku menjadi pendidik yang sebenar bermula di sini. Banyak ilmu dan pengalaman aku dapat di sini. Rakan-rakan guru di sini sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Terima kasih. Aku merasakan bertuah kerana diberi peluang untuk mendidik dan membimbing anak-anak di sini. Murid-murid di sekolah ini sentiasa membuatkan aku menguntum senyuman. Aku berasa berat hati untuk meninggalkan sekolah ini. Namun, aku terpaksa pergi...Terima kasih rakan-rakan dan murid-murid semua.