Friday, November 26, 2010

TAKDIR KASIH - episod 2

Hubungan Zara dan Iwan berterusan begitu sehingga Iwan tamat persekolahan. Selepas tamat SPM, Iwan bekerja. Zara pula meneruskan pembelajarannya di sekolah bersama Shika, Fida dan Lini. ’Geng Parang’ berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Mereka terpisah membawa haluan, mengejar cita-cita masing-masing. Setahu Zara, Shika mengikuti matrikulasi di Kedah. Fida belajar Asasi Sains di USM. dan Lini meneruskan pengajiannya di sebuah kolej kejururawatan yang terletak di Kelantan. Zara sendiri mengejar cita-citanya di UiTM, Shah Alam.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Zara semakin lupakan zaman persekolahannya. Ini kerana, dia mendapat kegembiraan baru semasa belajar di universiti. Sikapnya yang ramah dan mudah bergaul menyebabkan Zara terkenal sepertimana dia terkenal di zaman persekolahannya. Zara seorang yang senang didekati. Mungkin karakternya yang mudah tersenyum menyebabkan dia disenangi rakan-rakan.

Di universiti, Zara semakin mengerti dan mengenali erti hidup. Pelbagai pengalaman pahit dan manis dilaluinya sendiri. Hanya rakan terdekat sahaja dapat berkongsi pengalaman itu. Jadi, tidak ramai yang tahu Zara pernah alpa dalam hidupnya. Zara pernah melupakan pendiriannya sendiri dengan terjebak dalam cinta seseorang yang bergelar suami orang dan mengaku yang dirinya duda. Lelaki itu diperkenalkan oleh Yati, rakan karibnya di universiti. Mujurlah Zara cepat tersedar daripada kelalaian itu setelah menyedari yang Salman telah beristeri. Pernah sekali Zara terpandang kelibat Salman di pasar malam bersama seorang wanita berkerusi roda. Zara tidak terpanggil untuk menyapa Salman pada ketika itu. Dibiarkan sahaja pelbagai persoalan bersarang difikiran. Benarkah lelaki itu Salman? Siapakah wanita tersebut?

Keesokan harinya, Zara mencari jawapan kepada soalannya. Salman dengan tenang menjelaskan bahawa wanita tersebut merupakan ibunya. Zara dapat merasakan yang Salman berdusta. Mana mungkin wanita seusia itu merupakan ibunya. Sekiranya dihitung usia Salman, kebarangkalian umur ibunya dalam lingkungan 60-an. Zara mencari kepastian menerusi rakan-rakan sekerja Salman. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Salman terbukti berselindung di sebalik kata-katanya. Zara mendapat tahu yang isterinya sedang menderita sakit barah yang kronik. Mungkinkah wanita yang dilihat Zara itu isterinya? Ya. Itulah wanita malang yang hanya dianggarkan beberapa bulan hayatnya oleh doktor. Namun begitu, hanya Allah lebih tahu tentang makhluknya. Zara sebak. Terdetik di fikiran Zara, sekiranya Salman tidak setia dan sanggup curang semasa hidup isterinya, mungkin juga dirinya akan menerima nasib yang serupa kelak. Mungkin Salman cuma ingin mengisi kekosongan hatinya. Tapi bukan begitu caranya. Seharusnya dia menyatakan hal sebenar kepada Zara. Zara dengan rela hati menarik diri daripada cinta Salman. Pada mulanya, Salman merayu Zara agar tidak meninggalkannya. Setelah Zara berkeras dengan keputusannya, Salman mengalah dan akur. Zara bersyukur kerana Allah telah menyelamatkannya daripada mengguris perasaan sesama kaum hawa dengan merebut kebahagiaan di saat-saat akhir hayat mereka. Sejak itu, Zara lebih berhati-hati untuk berkawan. Zara mengambil keputusan untuk tidak mempunyai rakan karib lagi.

Biarpun usia bertambah saban tahun, Zara masih belum bersedia untuk mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Kehidupan Zara lebih tenang tanpa cinta. Namun, Zara hanya manusia biasa. Dia sering diuji dengan hadirnya cinta lelaki. Zara tetap dengan pendiriannya. Kebijaksanaan dan pengalaman menjadikan Zara lebih matang dan berwaspada. Dia enggan dipedaya lagi. Dia lebih menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran bagi merealisasikan cita-citanya.

Wednesday, November 24, 2010

TAKDIR KASIH - episod 1

Zara termenung terkenang zaman persekolahannya yang dirasakan indah, seronok dan semestinya terselit seribu satu sejarah yang tak mungkin dia lupakan. Tersenyum... tika teringatkan rakan-rakan karibnya yang pelbagai karenah. Shika, Fida, Lini dan Zara lagaknya seperti 'Geng Parang'. Menggunakan kata setajam parang menghiris setiap lelaki nakal yang mengganggu rakan perempuan mereka. Keberanian itulah menjadikan mereka terkenal di sekolah tersebut. Tapi... itu dulu. Namun, kenangan lama masih segar diingatan Zara walaupun usianya merapati 30-an.

Zara bingkas dari kerusi menuju ke arah komputernya. Dia melayari laman sesawang. Dicarinya rakan-rakan sekelas yang lama tidak diketahui beritanya. Akhirnya Zara tersenyum puas setelah menemui apa yang dicarinya. Namun, Zara sedikit terkilan kerana belum mendapat sebarang khabar daripada seorang lagi rakannya. Zara dan rakannya itu berkawan sejak di sekolah rendah lagi. Anak seorang guru. Ikhwan seorang yang agak nakal. Namun, Zara senang berkawan dengannya. Mereka selalu pulang dari sekolah bersama. Ikhwan atau nama timangannya Iwan sangat digilai oleh pelajar perempuan sekolah tersebut. Tambahan pula, sikapnya yang peramah dan agak 'romeo' boleh menjerat mereka yang sanggup terjerat. Wajahnya kacak menjadikan Iwan lebih istimewa.

Tidak ramai yang tahu Zara dan Iwan berkawan. Mereka tidak selalu bertegur sapa di sekolah. Mereka hanya berkawan bila di luar kawasan sekolah. Zara tahu sekiranya orang lain tahu dia berkawan dengan Iwan, mungkin dia juga 'dicop' sebagai 'mangsa' Iwan. Tidak. Zara bukan mangsa Iwan.

Sewaktu usia perkenalan menjangkau sembilan tahun, Iwan berubah. Iwan sudah mula menyorokkan taringnya bila berdepan dengan Zara. Zara tidak tahu apa sebabnya. Hanya Iwan yang tahu. Walaupun begitu, Iwan masih 'romeo' di belakang Zara. Pada mulanya, Zara sangkakan Iwan sudah tidak 'romeo' lagi. Namun, khabar angin bertiup di cuping Zara sebaliknya.

Semasa mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke Melaka, Iwan mula sibuk dengan aktiviti 'romeo'nya. Shika, Fida dan Lini juga ikut serta. Zara tidak menyertainya kerana kebetulan neneknya tenat di kampung. Sekembalinya mereka dari Melaka, Shika, Fida dan Lini asyik bercerita tentang pengalaman mereka. Tidak ketinggalan, cerita tentang Iwan. Daripada cerita itu, Zara dapat meneka yang Shika dan Lini sukakan Iwan. Namun, mereka mungkin malu untuk menzahirkan rasa tersebut. Mungkin malu dianggap sebagai 'mangsa' Iwan. Mungkin juga mereka tidak mahu dikatakan bertepuk sebelah tangan. Tidak mustahil mereka juga tidak mahu melukakan hati antara satu sama lain. Zara tetap berlagak biasa kerana ketiga-tiga rakan karibnya itu masih tidak tahu yang dia berkawan baik dengan Iwan.

Zara dan Iwan masih berkawan seperti dahulu walaupun Zara tahu Iwan cuma berpura-pura baik di depannya. Suatu hari Iwan menyatakan yang dia sayangkan Zara. Zara seperti tidak percaya. Sangkaan Zara, Iwan mahu mempermainkannya sepertimana pelajar perempuan yang lain. Kalaupun betul apa yang diucapkan Iwan, Zara tidak mahu... Bukannya kerana malu berdamping dengan Iwan. Tapi Zara tahu, dua rakannya sukakan Iwan. Dia tidak mahu lukakan hati rakannya. Lagipun, Zara sedar yang dia tidak secantik mana untuk berganding dengan Iwan. Zara semakin menjauhi Iwan. Mereka tidak lagi pulang dari sekolah bersama. Zara selalu pulang lewat untuk mengelak bertemu Iwan.

Semakin Zara mengelak, semakin itulah Iwan mencuba untuk memenangi hati Zara. Namun, Zara tetap Zara. Dia tidak akan sekali-kali mengubah fikirannya.


p/s: ikuti sambungan cerita ini di episod akan datang.

nukilan: Hasia Itis Miharbi

Monday, November 22, 2010

kursus linus untuk guru matematik thn 2, 2011

kursus ini diadakan di rompin beach resort pada 10, 11 & 12 nov 2010. walaupun thn depan aku xngajar math thn 2, aku ttp nak pergi sbb nak timba ilmu & kenal2 dgn kwn baharu. fasilitatornya boleh dikatakan bagus. apa yang disampaikan dapat difahami.

suspennya, bila tengok dalam surat panggilan. ada 7 orang je dari temerloh. lain2 semuanya dari rompin dan pekan. ada kwn dr temerloh ckp, "kita ni tercicir ke? mcm anak tiri je..." tp aku ckp, "bkn tercicir, tp teristimewa sbb dpt kelim banyak. hahaha". sbnrnya kami mmg mcm anak tiri pada mulanya. cikgu2 pekan & rompin dapat CD, kami xdpt. terpaksalah kami tanya kpd fasi. kami ni xdpt CD ke? tp org rompin ni baik hati la. diorg yg tolong 'burn' dan berikan CD kpd kami. tu pun sbb kami tanya pasal CD kami. hehehe.... terima kasih byk2.

suspen lg bila tgk sorang cikgu yg serupa senior masa sekolah dulu. selidik la siapa dia. mmg btul dia senior aku dulu. wajah dia xubah langsung. tp yg bestnya, aku kenal dia... tp kakak dia aku xkenal. hehehe... mgkn sbb kakak dia beza umur byk sgt. jd xkenallah. xsempat berkenalan kot. hehehe. rasanya, dua2 beradik tu ngajar kat pekan. aku hairan jg, setiap kali mlm, mesti dia xde dlm dewan. rupanya dia ni kaki ponteng. xsangka plak sbb masa sek dulu dia xde la kaki ponteng. tp aku rasa, dia takut kena jadi pembentang kat dpn kot. tu yg hilang je tu. tp xpe. ADA KUKISAH??? janji aku dpt ilmu baru.

keseluruhannya, kursus ini dpt bantu aku lebih faham tentang linus. cuma... bila time makan je, aku xde perasaan (xberapa sedap la tu maknanya). tp, sblm balik ke temerloh aku sempat jg beli 'si sepit biru' yg xseberapa birunya.

kursus kecekapan tenaga & tenaga diperbaharui

mula2 dpt surat panggilan kursus, aku pelik bila dengar tajuk kursus tu. bila tanya GB pun, dia xberapa pasti. aku ke kursus tu atas TIKET opsyen sains. walaupun aku opsyen math, aku ttp terima sbb 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. hehehe... kursus tu mula 2 november - 4 november 2010.

sampai kat tempat berkursus (Bukit Gambang Resort City), aku kena 'menyamar' jadi opsyen sains. jadi, aktiviti aku semuanya berasaskan sains. tapi xpe. seronok sbb cikgu sains ni semuanya kreatif. tp bknnya cikgu lain xkreatif. aku lg kreatif. hehehe... siap cipta lagu lg.

ni aku nak kongsi sikit. sbnrnya, kursus KT - TD ni diadakan dengan kerjasama kpm & usm. pada aku, kursus ni adalah satu cara untuk berkempen bagi menjimatkan tenaga & memberi kesedaran kepada penduduk Malaysia tentang kewujudan tenaga yang boleh diperbaharui. pada pendapat aku, hal ini bagus bagi mengurangkan kesan rumah hijau.

takziah

setiap kali cuti sekolah, basikalletrik mesti akan balik ke kg. masa itulah emak basikalletrik akan bercerita tentang kawan2 basikalletrik masa sek dulu. bukan mengumpat tau... tapi emak selalu bercerita untuk berikan maklumat/perkembangan baru yang basikalletrik tak tahu lg. ada cerita gembira, ada jg cerita sedih. setiap kali emak bercerita, ada je berita kematian kawan2 basikalletrik. xkiralah kwn sebaya, senior @ junior masa sekolah dulu.

terbaru, emak ada sebut pasal seorg kwn basikalletrik yg jg meninggal sebab terlibat dengan kemalangan. kami berkawan sejak sek rendah lg. tp xdelah rapat sgt. orangnya bolehlah dikatakan hensem sbb ramai jg kwn2 perempuan aku 'minat' kpd dia. ada yg ckp, kami ni bercinta sbb kami mmg selalu jln sama2 masa balik sek. tp sbnrnya x. kami baik sbb dia anak ustazah sek agama yang basikalletrik belajar dulu. xsangka dia pergi dulu. ye la, ajal maut di tangan Tuhan kan? siapa lah kita nak persoalkannya.

mula-mula dengar emak cerita, basikalletrik rasa sangat kehilangan sbb basikalletrik mmg ada niat nak jumpa ngan dia. nak sembang2. rumah kami xde la jauh sgt. tp setiap kali basikalletrik balik rumah emak, xpernah pula jumpa dia. mgkn sbb dia kerja kat pahang. cuti kami xsama. atau mgkn dia jauh hati ngan basikalletrik sbb......

lps sek menengah, kami terus terpisah & terputus hubungan. tapi, dia pernah call basikalletrik masa basikalletrik belajar kat maktab dulu. itulah kali terakhir basikalletrik ckp ngan dia. dengar kata, arwah blm kawin lg masa dia meninggal. tp dia dah nak bertunang.

INNALILLAHIWA-INNA-ILAIHIRAJI-UN
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

ucapan takziah untuk keluarga arwah.