Tuesday, November 24, 2009

Selamat tinggal

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan,
sempena saya nak pindah ni...
saya nak minta maaf sekiranya ada perbuatan, pertuturan & kelakuan saya telah menyinggung perasaan kawan-kawan semua. Manalah tahu mulut saya ni ter'lazer' pula.
Mungkin ada kawan-kawan yang tak senang dengan saya. Maaf ye.
Sebenarnya, sayang rasanya nak tinggalkan SK(2)PJ. Kawan-kawan semuanya baik... Saya senang dapat kenal kawan-kawan semua. Kalau ada nak minta tolong, nak minta apa2 nanti sms ke, 'calling-calling' ke, email pun boleh. Kalau saya perlukan apa2 nanti jangan tak layan pula. Harap hubungan persahabatan ini kekal dan tak terhenti di sini. Pesan saya, iklaskanlah diri dalam pekerjaan mulia kita. Berbaktilah sepenuh hati. Apa saja yang dilakukan, rujuklah ketua kita. Jangan buat keputusan sendiri. Jangan malu & malas nak bertanya pada yang lebih arif. Nasihat ni bukan utk kawan2 je... untuk saya juga.

Oh...anak-anakku 3 Cerdas (2009), 1, 2, 4, 5, & 6 Cerdas,
Cikgu sayang kamu semua. Belajar sungguh-sungguh ye... Sham Shah jangan duk menagis je. Nanti InsyaAllah cikgu datang lagi. Terima kasih kepada semua yang berikan hadiah kepada cikgu. Cikgu dapat tudung, alat solek, 'handbag', 'teddy bear', baju kurung, bekas pensel dan banyak lagi yang tak larat nak tulis kat sini... terima kasih banyak-banyak. Cikgu pun nak minta maaf kepada murid-murid cikgu sekiranya ada cikgu buat salah & marah.

Babai semua...

1 comment:

  1. hafsham dan shauqi menangis sampai loceng balik pun tak henti-henti ... hati lelaki ... memang lembut

    ReplyDelete