Sunday, January 24, 2010

siap!!

yes, yes, yes!!! profil akademik dah siap, fail PKKP pun hampir siap. fail panitia pun dah nak siap. cuma tinggal register kelas je. pas ni bleh la nak hias kelas plak. Alhandulillah.

Monday, January 18, 2010

Yuhhuuuuuu

Yahuuuuu...modul dah siap. orang lain dah lama siap. basikalletrik je yang lambat siap agaknya. maklumlah orang baru. mula2 blajar dulu apa nak buat. lps ni bleh la tekan minyak bg laju skit.

Skrg ni tgh nak siapkan profil akademik. harap2 bleh siap menjelang esok. kak Liza sabar ye. basikalletrik cuba buat secepat mungkin.

lps buat profil akademik, nak kena lengkapkan fail PKKP plak. apa la basikalletrik nak masukkan dalam fail tu. bleh kelentong x?

alamak!!! lupa la. fail panitia Kajian Tempatan xbuat lagi. ni cikgu man punya pasal la. knp la xbuat thn lps?? xpe. itu dah kepakaran basikalletrik. maklumlah thn lps pegang 2 panitia. siap nazir sekolah datang lagi. harap2 apa maklumat yang dapat masa tu dapat diaplikasikan.

hari ni ada seorang murid basikalletrik pindah sekolah. sekolah Sri Tualang tu mmg bagus. tapi basikalletrik rasa rugi la. murid tu bleh tahan jgk pandainya. yang penting murid tu xbyk 'songeh'.

Uhuuuuuu

Sunday, January 17, 2010

Jom becerita - bersama cikgu

ORANG KENIT DENGAN TUAN PUTERI

Selaut kasih saya hulurkan,
Istimewa buat saudara-saudari,
Cerita hikayat saya persembahkan,
Tujuh Orang Kenit dengan Tuan Puteri.

Pada zaman dahulu,ada tujuh orang kenit. Mereka tinggal di tepi sebuah hutan tebal. Mereka membina sebuah pondok kecil.Pondok mereka sungguh cantik.Setiap hari, mereka keluar bermain di taman. Taman itu berhampiran dengan rumah mereka. Mereka bermain sambil menyanyi bersama-sama…

Kami Si Kenit yang baik hati,
Suka menyanyi suka menari,
Kami Si Kenit yang baik hati,
Saling membantu sesama sendiri”.

Suatu hari, mereka ternampak beberapa orang penjahat melarikan puteri raja ke dalam sebuah hutan. “ Kita mesti selamatkan Tuan Puteri itu!” kata Jas, ketua orang kenit itu. Orang-orang kenit itu berkawan dengan seekor helang. Mereka memanggil helang itu untuk membawa mereka ke dalam hutan. Helang terus terbang menuju ke hutan tersebut.Orang-orang kenit itu berpegang kuat pada kaki helang yang sedang terbang tinggi diudara. Tiba-tiba mereka ternampak akan penjahat-penjahat itu.
“Ha! Itu pun mereka. Mari kita turun ke sana!” kata Jas kepada helang itu. Di situ, ada sebuah pondok. Tuan puteri diikat pada tiang di dalam pondok itu.
“ Mari kita masuk dan selamatkan Tuan Puteri itu!” bisik Jas dengan bersemangat kepada rakan-rakannya.Oleh kerana tubuh mereka kecil, Jas dan kawan-kawannya mudah sahaja masuk melalui lubang dinding.
Meow!, Meow!
Tiba-tiba seekor kucing muncul. Kucing itu mahu menerkam mereka. “Cepat! Selamatkan diri!” arah Jas. Mereka segera memanjat tiang dan bersembunyi di dalam sebuah kotak kayu di atas alang.“ Mari kita lastik kucing itu!” kata Jas. Mereka pun melastik kucing itu bertubi-tubi.
Meow! Meow!Kucing itu kesakitan lalu melarikan diri. “Yahoo! Kita berjaya!” sorak Jas dan kawan-kawannya.Penjahat yang melarikan Tuan Puteri, sedang lena di tepi tiang . Dengan perlahan Jas cepat-cepat menyuruh kawan-kawannya menjatuhkan kotak kayu itu.“Satu! Dua! Tiga! Tolak!” arah Jas. Kotak kayu itu terjatuh di atas kepala penjahat itu. Penjahat itu pengsan. Jas dan kawan-kawannya cepat-cepat turun lalu membebaskan Tuan Puteri itu. “Cepat! Buka tali pada Tuan Puteri!” arah Jas.Orang-orang kenit tersebut dengan pantas membuka ikatan pada tangan dan kaki Tuan Puteri. Tuan Puteri berasa sangat gembira “Terima kasih wahai orang-orang kenit, kamu semua memang baik hati, ” kata Tuan Puteri itu dengan gembira.
Akhirnya, orang-orang kenit itu membawa Tuan Puteri ke istana. Raja sungguh gembira kerana puteri kesayangan baginda telah selamat pulang ke istana.Raja mengucapkan terima kasih lalu memberikan hadiah yang banyak kepada Jas dan kawan-kawannya. Raja juga mempelawa orang-orang kenit itu untuk tinggal di istana. Mereka sangat gembira.
Sejak itu, Jas dan kawan-kawannya menjadi kawan baik Tuan Puteri itu. Kini mereka juga tinggal di istana bersama-sama Tuan Puteri itu.

Ingatlah kawan-kawan, jika kita suka berbuat baik kepada orang lain pasti kita akan mendapat balasan yang baik. Bak kata pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Putera berburu membawa panah,
Berehat sekejap di gunung Banang,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik sentiasa dikenang.

Sekian,terima kasih.

Saturday, January 16, 2010

VISIT TERENGGANU - Where Nature Embraces Heritage

Terengganu is located along the east coast of Peninsular Malaysia. To the north lies the Kelantan state, and to the south, Pahang. Terengganu covers around 12,995 square kilometers and comprises seven districts: Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun, and Kemaman.
Kuala Terengganu the state capital, is located on the banks of the Terengganu River which flows down from Lake Kenyir to the South China Sea. It features a blend of old and modern buildings and appears to have stood still in time, moving at a slow and relaxed pace. Good accommodation can be found to suit all tastes is this developing yet vibrant town.
________________________________________________________________________
The Terengganu Sultanate originated almost 300 years ago when Tun Zainal Abidin became the first Sultan (Sultan Zainal Abidin I) in 1708. The current ruler is Sultan Mizan Zainal Abidin, the 16th Sultan, who was proclaimed ruler of the state on May 15, 1998, becoming the youngest ruler in Malaysia. Terengganu became a member of the Federation of Malaya in 1948, and a state of independent Malaya in 1957.
The state has a population of approximately 1 million of which 90% are Malays, followed by the Chinese and Indians and a very small percentage of aborigines.

Upcoming Events

Kenyir Lake International Triathlon 2010
Date : 27 & 28 March 2010
Venue: Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir
Organiser: State Government of Terengganu / KETENGAH

Kapas-Marang International Swimathon 2010
Date : 17-18 April 2010
Venue: Pulau Kapas & Pantai Kelulut, Marang
Organiser: State Government of Terengganu

Pesta Terengganu 2010
Date : 12 – 19 June 2010
Venue: TBA
Organiser: State Government of Terengganu

More information - www.tourism.terengganu.gov.my/

LILIN SEORANG GURU

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah kukeliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti yang murni
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta kejar impian
Menjadikan arah ku jelas
Aku harus ke hadapan

Aku kini rindu
Pada salju damai yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Kupohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam kulihat hujan
Dibibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggengam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Guruku
Kau bagaikan lilin
Yang menerangi kegelapan hatiku

Thursday, January 14, 2010

disiplin???

basikalletrik ni mmg sangat mementingkan disiplin. tapi bkn bermakna basikalletrik ni bagus benor. cuma basikalletrik gemar sekiranya nampak murid2 yang berdisiplin. knp timbul isu ni ye??? oh ya. sbnrnya basikalletrik xpuas hati dgn disiplin murid di SKKT. terutama kelas yang basikalletrik mengajar. sangat tidak memuaskan. tambahan lagi mereka seperti sangat susah untuk dikawal. maaf ye cikgu2 SKKT. mgkn basikalletrik dah terbiasa dgn murid yang sangat faham dengan cara guru merenung mereka. marah sikit pun dah cukup. mereka faham bila cikgu marah. di SKKT ni, basikalletrik jerit marah pun diorang buat tak tau je. sabor je le. mgkn sbb basikalletrik baru di sini. smg cikgu disiplin di SKKT dapat ambil komen ni sebagai suatu yang positif. tq

pening

uhuuu...basikalletrik rasa pening gak bila byk sgt program yang nak kena buat kat SKKT ni. sbnrnya xfaham apa maksud 'program utama'& 'program sampingan'. kdg2 terfikir gak...layak ke basikalletrik berada di SKKT?? xmenang tangan jadinya. rasanya semangat yang selama ni ada dalam diri basikalletrik... bergegar...tergugat...mungkin itu cuma sementara. harap basikalletrik dapat pulihkan semangat dalam masa terdekat ni. basikalletrik xnak buang masa lagi...mesti cuba yang terbaik di sini. mgkn basikalletrik boleh jadi yang lebih baik & cemerlang daripada sebelum ini. InsyaAllah. Ameeen...