Saturday, December 5, 2009

SK Kampong Tengah, Temerloh - Pahang

Pertama kali aku menjejakkan kakiku di sekolah ini semasa melaporkan diri sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Guru besar yang menyambut aku dengan senyuman telah memberikan layanan yang baik. Aku berpendapat bahawa sekolah ini merupakan sekolah menarik. Namun, tidak kurang menariknya berbanding SK(2)PJ. Perbezaannya mungkin keadaan iklim sekolah sahaja. Aku berharap agar aku dapat menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin serta dapat diterima oleh rakan-rakan baru. Azam aku di sekolah baru agar aku dapat menjalankan tugas baru dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Mungkin tugas-tugas di sekolah baru berkurangan berbanding di sekolah lama kerana bilangan gurunya lebih ramai. Namun, aku sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab di tempat baru. Satu perubahan yang akan aku lakukan ialah memandu ke tempat kerja. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment