Thursday, May 6, 2010

persiapan sambutan hari guru

hari guru akan menjelang. semua sekolah akan adakan satu majlis untuk meraikan semua guru. pertama kali basikalletrik akan diraikan dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Temerloh. Suspen gak.

pada tahun ni, basikalletrik diamanahkan untuk melatih kumpulan murid2 tahun 4 membuat persembahan. persembahan telah ditentukan oleh pihak pentadbir. macam nak kenakan basikalletrik dan cg lizaazura je. mentang-mentanglah basikalletrik org trg & cg liza org kelate. diorang tetapkan thn 4 buat persembahan dikir barat. punyalah susah nak ngajar dikir barat ni. tapi xpe... kami tetap sambut cabaran ni. kami guna rentak lagu anak tupai tp liriknya ditukar agar sesuai dgn sambutan hari guru.
pagi tadi, kami buat latihan masa kokurikulum. baru 1/2 jalan. solo dah ok. tapi gaya berterabur. hahaha....rasakan. sape suruh tetapkan dikir barat. maaflah kalau xbest.

dengar kata, murid prasekolah akan buat persembahan tarian dgn bimbingan cg nurol & cg liza. tahun 2 akan buat persebahan nyanyian lagu maafkan kami. bertungkus lumus cg tie & cg suzie tukar lirik tadi. tahun 3 pula, nasyid. xde masalah sbb mmg dah ada lagu nasyid khas utk guru. tajuk lagu...guruku. cikgunya ialah cg hazaipah & ustzh masitah. tahun 5 buat sketsa. tapi dah mcm lakonan dah. rasanya.... tajuk sketsa mereka ialah cita2 ku. cg chaya & cg noriza yg latih. murid tahun 6, katanya nak buat bahasa berirama dgn tiupan rekoder. pas2, cg azlin baru minta lagu warisan dgn basikalletrik td. cg azlin akan latih mereka bersama cg murad. cuma tahun 1 je yg basikalletrik blm tau mereka buat apa.

acara sukaneka pula dirancang oleh ajk yg diketuai oleh teacher mai. ntah apa la acaranya ye.

ada pulak persembahan daripada cikgu2. pentadbir mahu cikgu2 pilih 2 buah lagu utk dinyanyikan pada majlis tersebut. cikgu tie tanya pendapat basikalletrik tadi. adalah cadangan 4 lagu. nanti minggu dpn baru buat perbincangan dgn cikgu2 lain utk pilih 2 lagu. ni, basikalletrik baru lps siapkan lagu dan senikata lagu tersebut. maklumlah...skrg ni basikalletrik dah jadi cikgu muzik. kena lah tolong ketua panitia. hehehe...

No comments:

Post a Comment