Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru Di SKKT telahpun disambut dengan meriah pada hari Isnin (17 Mei 2010). Semua guru dan murid menampakkan air muka yang gembira.

Guru2 dan murid yang terpilih telah menjalankan aktiviti sukaneka. Keseluruhannya, kumpulan yg diketuai oleh Cikgu Murad telah menang. (Main tipu ke?)

Selepas rehat, barulah bermulanya persembahan daripada murid2 yg ditujukan khas utk guru2. Walaupun ada yg mcm xmenepati tema, tp ok la.(kalau nak tengok gambarnya, tengoklah dlm akaun fb sifir ct).

Persembahan guru pula dimulakan dengan persembahan Cikgu Cah dengan silap matanya. (eh...silap mata ke...silap org yg tengok xtanya apa ada dlm cawan tu?)hehehe... ada hadiah hamper sekiranya penonton dapat jwb ketiga2 teka-teki dengan tepat. Cg Tajri mcm berminat dengan hamper tu. jadi cikgu cah pun kenakan dia. konon nak bg hamper pd dia. tp kih...kih...kih kena tipu rupanya. ada org tertanya2 mcm mana air tu xde???

Lps tu persembahan seorang murid yang berbakat. Nur Amanina telah berjaya menjadi johan bercerita sempena Sambutan Hari Guru yang diadakan di Kuantan yang lepas.

Acara kemuncaknya ialah persembahan nyanyian oleh semua guru... lagunya bertajuk gemuruh dan joget berhibur. xsangka cikgu SKKT ni ada bakat. Ustz Masitah bkn main lg nyanyi ye...

Terima kasih kepada semua murid yg berikan hadiah hari guru kpd basikalletrik. Walaupun ada yg basikalletrik xngajar, tp ada jg hadiahnya.

No comments:

Post a Comment