Friday, January 21, 2011

PERGINYA NENDAKU

Innalilla hiwa inna ilaihiraji-un. Alhamdulillah. Semua urusan berjalan lancar. Pemergian nenek yang dipanggil 'tok' oleh cucu-cucunya memang menjadi kejutan kepada sesetengah pihak. Aku berasa beruntung sebab aku sempat buat banyak perkara untuk 'tok'. Basikalletrik sempat senangkan hati 'tok' masa basikalletrik dan suami balik waktu cuti sekolah akhir tahun 2010 lalu. Seronok bila tengok 'tok' senang dengan apa yang aku belikan untuk kelengkapan rumahnya. Itulah kali terakhir aku berbual dengan 'tok'. Malah, aku juga sempat meminta maaf kepada 'tok' sebelum aku pulang semula ke Temerloh. Aku juga sempat mencium kedua-dua pipi dan dahinya. Walaupun aku bukanlah cucu yang paling disayanginya,tapi aku masih bersyukur kerana apa yang aku lakukan setiap kali kepulanganku ke kampung menjadi topik perbualan 'tok' dengan anak-anaknya.Bukan gembira dipuji, tapi sekurang-kurangnya 'tok' tak pernah lupakan aku semasa hayatnya.

'Tok' diserang strok semasa di kedai makan semasa dalam perjalanan pulang dari Negeri Sembilan. 'Tok' pergi hantar seorang sepupu basikalletrik untuk mendaftar menjalani latihan polis di sana bersama-sama saudara mara basikalletrik yang lain. 'Tok' kena strok hari Khamis. 'Tok' 'pergi' pun hari Khamis juga. Semasa 'tok' dalam strok, basikalletik sempat pulang melawat. Waktu basikalletrik melawat, basikalletrik sempat tidur sebelah 'Tok'. Sempat juga basikalletrik tukar lampin 'Tok'. Basikalletrik juga sempat berzikir bersama-sama 'tok'. Mungkin 'tok' berzikir dalam hatinya sebab tangan 'tok' bergerak-gerak memegang tasbih yang basikalletrik berikan di tangannya. Semasa basikalletrik baca surah Yasin, 'tok' genggam erat tangan basikalletrik. Tak sangka 'tok' sekuat itu. Kata emak, basikalletrik lah orang pertama berzikir dengan 'tok' semasa dia strok.

Semasa saat akhir hayat 'tok', 4 orang anak perempuannya berada di sisinya. Satu-satunya anak lelaki tok yang masih ada, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. 2 orang lagi anak perempuan 'tok' yang tinggal berjiran tak sempat bersamanya. Mungkin ada hikmah dengan ketentuanNya itu. Ada cerita di sebaliknya. Kata emak, tangan kanan 'tok' yang strok dan tidak dapat digerakkan itu dengan sendirinya 'terletak' ke perut 'tok'. Wajah 'tok' jernih. 'Tok' pergi dengan senang.

Basikalletrik tak pasti pukul berapa 'tok' pergi. Tapi basikalletrik terima panggilan daripada emak lebih kurang pukul 4:30 pagi. Suara emak tenang. Aku tahu emak seorang yang tabah. Walaupun tiada semasa akhir hayat 'tok', basikalletrik merasakan diri ini paling bertuah kerana dapat membantu menguruskan jenazah 'tok'. Mak Mah memang seorang 'pengurus jenazah' bersama seorang lagi rakannya. Basikalletrik ada bersama semasa Mak Mah menyediakan kain kafan 'tok'. Terkejut juga basikalletrik bila dikatakan Menteri Besar Terengganu datang melawat 'tok'. Rupa-rupanya, memang MB ada kat luar bilik semasa basikalletrik membantu Mak Mah menyediakan kain kafan 'tok'. MB datang bersama seorang YB lain.

Selepas itu, basikalletrik tidak lepaskan peluang untuk mandikan 'tok'. Ramai cucu 'tok' yang membantu. Tapi, basikalletrik lah satu-satunya cucu 'tok' yang membantu Mak Mah dan rakannya mengafankan mayat 'tok'. Turut ada, seorang anak 'tok'. Basikalletrik juga berpeluang tengok mayat 'tok' di kubur walaupun dari jauh.

Memang basikalletrik rasa sangat kehilangan dengan pemergian 'tok'. Namun, tidaklah basikalletrik menangis beria-ia. Setakat dua tiga titis sahaja. Dah memang ketentuanNya. Siapalah kita nak menghalangnya?

Itulah kenangan terakhir basikalletrik bersama 'tok'. Perginya 'tok' pada 20 Januari 2011 akan tetap dalam ingatan basikalletrik.

Al-Fatihah untuk 'tok'.

No comments:

Post a Comment